APA ITU KEMURUNGAN?
Apa itu kemurungan?
Menurut sumber dari Dr. Sakinah
Salleh (tahun 2020) Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan
seseorang itu merasa sedih berpanjangan, keletihan, dan kehilangan tenaga,
cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Keadaan ini boleh
berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu ataupun mengambil masa
sehingga berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun. Penyakit ini juga boleh
didatangani oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur jantina ataupun bangsa.
Penyakit kemurungan dikategorikan sebagai penyakit mental yang banyak berlaku
kepada kita. Malangnya ramai yang tidak mengetahui implikasi penyakit ini
akibat kurangnya pendedahan dan tidak dirawat dari awal. Akhirnya penyakit
menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi.
Hampir semua pesakit ini mengalami
gejala kemurungan dan rendah diri serta hilang minat terhadap sesuatu aktiviti
yang sebelum ini digemari oleh mereka.
Bagi pesakit yang mengalami
kemurungan, meluahkan apa yang terbuku di hati mungkin jalan terbaik bagi
melegakan perasaan ataupun emosi. Apa yang diperlukan bukan sahaja bertemu
dengan doctor ataupun pakar berkenaan, tetapi pesakit juga perlu berkomunikasi
atau menyampaikan perasaan mereka kepada orang yang tersayang. Komunikasi yang
baik adalah terapi yang amat penting bagi membantu pesakit untuk pulih.
Sesetengah masyarakat berpendapat
masalah kemurungan ini adalah penyakit yang berpunca daripada minda tetapi
kemurungan juga disebabkan tekanan hidup yang bercampur daripada aspek emosi
sehingga menghimpit kehidupan tanpa ada jalan penyelesaian. Pesakit yang
mengalami masalah kemurungan sering kali mengalami perasaan sedih, rasa cemas,
mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa
tidak berupaya dan gelisah. Mereka juga sukar menumpukan perhatian dan
mengingati maklumat ataupun sukar membuat keputusan. Pesakit juga mungkin
menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga ataupun rakan. Ada kemungkinan
juga wujud perasaan mahu ataupun cubaan membunuh diri.
Penyakit kemurungan sudah menjadi istilah yang
sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini. Namun, tiada siapa tahu
kesengsaraan di sebalik penyakit ini jika tidak pernah mengalaminya. bahkan
stigma atau tanggapan negatif masyarakat terhadap penyakit ini dilihat masih pada
tahap yang sama. Walhal masalah kemurungan ini boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja tanpa mengira status seseorang itu. Malah boleh berlaku kepada orang di
sekeliling tanpa kita ketahui.
Beza kemurungan dan tekanan.
Adakah kemurungan sama dengan tekanan? Ramai
yang keliru dan menganggap kemurungan sama sahaja dengan stress. Ada segelintir
individu sering mengaku beliau menghadapi kemurungan walaupun sebenarnya itu
hanya stress.
Perlu difahami bahawa kemurungan adalah
penyakit mental yang melibatkan gangguan pada fungsi otak hingga menyebabkan perubahan
kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang, seterusnya
mengakibatkan gangguan bagi menjalani aktiviti seharian dengan baik. Individu
yang mengalami masalah kemurungan dapat diperhatikan keadaan mereka yang sering
bertindak secara tidak rasional, tidak mampu mengawal emosi, berasa diri
dipinggirkan dan beranggapan individu sekeliling tidak memahami mereka.
Kemurungan cenderung membuatkan diri
mudah berasa letih walaupun tidak bekerja berat serta sukar mendapatkan tidur
yang lena. Kesannya membuatkan individu rasa tidak bertenaga. Simptom utama
kemurungan adalah berfikiran negatif yang dapat merosakkan pemikiran jika tidak
mendapat sokongan dan tidak dirawat lebih awal. Individu yang mengalami
kemurungan juga, cenderung untuk membunuh diri.
Sebenarnya individu yang mengalami
masalah kesihatan mental atau gangguan mental jarang sekali mahu mengaku mereka
sebenarnya berada dalam keadaan murung. Ini kerana terdapat segelintir masyarakat
yang melabel dengan gelaran yang tidak sesuai pada pesakit ini.
Tekanan atau stres adalah perasaan
yang dialami oleh individu yang berada di bawah tekanan mental ataupun tekanan
emosi yang terlalu berat. Biasanya tekanan ini dicetuskan oleh sesuatu
peristiwa yang berlaku dalam kehidupan yang dialami oleh individu berkenaan
secara peribadi. Tekanan ini memberikan bebanan berat kepada individu hingga
membawa kepada perasaan yang tidak dapat dibendung olehnya.
Contoh tekanan yang biasa dihadapi
adalah belajar. Semua orang pasti ada pengalaman tersendiri apabila berdepan
tekanan belajar terutamanya apabila bakal menghadapi peperiksaan. Perasaan
berdebar, tidak dapat dielakkan. Sama juga apabila ada tugasan seperti
pembentangan kajian. Pasti kita berasa gugup. Ketika itu tekanan kian memuncak
namun apabila selesai tekanan akan hilang dengan sendiri.
Begitu juga dengan rutin pekerjaan
seharian. Ada isu yang sangat mencengkam emosi. Namun apabila isu itu berjaya
diharungi perasaan individu akan kembali tenang. Tekanan biasanya mudah diatasi
dengan mendapatkan motivasi ataupun kata-kata semangat. Cara itu membantu
individu menjadi lebih ceria dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.
Secara fizikalnya apabila menghadapi tekanan,
individu mungkin sukar mendapat tidur yang nyenyak, tidak berselera makan serta
menghadapi ketegangan otot termasuk sakit kepala dan sakit perut. Tekanan atau
stres yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan
yang serius.
Individu yang mengalami kemurungan
kebiasaannya memilih untuk berdiam diri dan memendam perasaan terlalu lama
sehingga tidak mampu dibendung. Kemurungan ini sukar dirawat selagi individu
berkenaan menafikan keadaan dirinya dan tidak bersedia untuk menghadapinya bagi
memulihkan keadaan.
Oleh itu, kita perlulah disedarkan
bahawa semua pihak perlu bertanggungjawab membantu individu yang berada dalam
krisis gangguan mental. Mereka tidak boleh dibiarkan tetapi ahli keluarga
ataupun rakan perlu membawa mereaka bertemu doktor atau pakar psikiatri secepat
mungkin.
Sekian, terima kasih.
KERTAS KERJA PROGRAM MINDA SIHAT.
Kertas kerja program minda sihat.
KERTAS KERJA
PROGRAM KEPIMPINAN
DIRI
MINDA SIHAT – “EMOSI
TERJAGA KEHIDUPAN SEJAHTERA”
PENGENALAN
Program Minda
Sihat merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan
kaunseling. Bertemakan Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera bagi
meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan menjaga kesihatan mental.
Unit
Bimbingan dan Kaunseling juga bergabung dengan SUMUR bagi memantapkan lagi
kesedaran dan keupayaan murid dalam menjaga mental, emosi, sahsiah dan membina
sosial yang utuh dan padu.
Semoga
aktiviti yang disusun dapat menangani kesihatan mental dan mengekalkan
kesejahtera minda dan emosi.
MATLAMAT
Warga sekolah
dapat menjalankan saringan minda sihat dan dibimbing untuk mengamalkan
kesejahteraan emosi dan mental.
TARIKH / MASA
/ TEMPAT
26 SEPTEMBER
2023
SELASA
DEWAN AL
KHAWARIZMI, SK POKOK SENA
SASARAN
Semua murid
Tahap 4, 5 dan 6.
OBJEKTIF
1.
Murid dapat
maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan atau
krisis yang berlaku.
2.
Murid dapat
mengetahui cara menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi
yang dibimbing.
3.
Aktiviti
memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan masing-masing.
KPI
Gabung jalin
untuk perpaduan antara kaum di sekolah.
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM
Pengerusi : Muhamad Sofi Bin Hashim (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Hafidzah
Binti Dahalan ( PK Ko kurikulum)
Naib Pengerusi 2 :
Farhana Binti Hussin (PK Hal
Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : Anuar
Bin Abdullah (PK Pentadbiran)
Setiausaha : Rosmawati Binti Abdul Ghani
(Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya)
Pengerusi Majlis : Jauharatuddini Binti Yaacob
Bacaan Doa : Mohd Poazi Bin Che Nor
Jemputan Penceramah : Wan Noor
Ashikin Binti Wan Othman
Makanan :
Fatimah Binti Daharon
Siaraya : Mahazir
Bin Mad Jiwa
Siti
Salmah Binti Mohamad
Cenderahati : Warda Hayati Binti Ghazali
Juru Gambar : Siti Basrah Binti Omar
Dokumentasi Program : Rosmawati
Binti Abdul Ghani
Disiplin dan Kawalan Murid : Rusni
Binti Said
Arshadiah Binti Abu Bakar
Norma
Binti Ishak
Zarita
Binti Shirun @ Harun
Guru
Mata pelajaran
Persiapan Tempat :
Mohd Shukri Bin Jahaya
Saipul
Bin Mat Yasin
ANGGARAN
PERBELANJAAN
BIL |
PERKARA |
JUMLAH |
1 |
cenderahati |
RM 50.00 |
|
Jumlah |
RM 50.00 |
TENTATIF
7: 45 pagi Murid berkumpul di dewan.
(membawa peralatan buku
nota dan alat tulis)
8: 00 pagi Ketibaan jemputan
Pengawal Psikologi
Kaunseling
Klinik Kesihatan Pokok
Sena
8: 30 pagi Ceramah Minda Sihat
10: 15 pagi Bersurai (rehat 4,5 dan 6)
PENUTUP
Diharapkan
agar program ini mencapai objektif dan dapat membantu murid membina
kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.
Disediakan
oleh,
Rosmawati bt Abdul Ghani
Setiausaha
Program Minda Sihat
Disemak oleh,
Hafidzah Binti Dahalan
PK Kokurikulum
SK Pokok Sena.
Disahkan oleh,
Muhamad Sofi B. Hashim
Guru Besar
SK Pokok Sena
PROGRAM MINDA SIHAT
Apa itu kemurungan?
APA TERJADI LEPAS BUNUH DIRI?
-
Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin dan Sahsiah Murid Tahun 2014. KERTAS KERJA PROGRAM SIFAR SALAH LAKU DISIPLIN ...
-
KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA 1. Pengenalan ...
-
Contoh kertas kerja program kaunseling berfokus.. boleh dirujuk untuk kebaikan bersama... Sekian, terima Kasih. PROGRAM KAUNSELIN...
-
AKTIVITI PPDa A.PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN 1. PERKEMBANGAN STAF Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekata...
-
MODUL BIDANG KERJAYA BIDANG : KERJAYA TAJUK : Ice breaking - Bingo MASA : 30 minit ALATAN : kertas bi...
-
KERTAS KERJA PROGRAM LEPAS UPSR 2017 SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA PENDAHULUAN Setiap tahun Unit UPSR Sekolah Kebangsaan ...
-
MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID TAJUK BIDANG : PEMBANGUNAN SAHSIAH PENGENALAN : Program Pembangunan Sahsiah Diri dan D...
-
KERTAS KERJA PROGRAM ORIENTASI “PEMUGARAN EMOSI MURID / MINDA SIHAT S...
-
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA 06400 POKOK SENA KEDAH DARUL AMAN Tel: 04-7823015 “KEDAH GEMILANG” Ruj. Kami :SKPS/UBK...
-
Kertas Kerja Program Pasca UPSR 2016, SK Pokok Sena. KERTAS KERJA PROGRAM LEPAS UPSR 2016 SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA PENDA...