MODUL BIDANG KERJAYA
BIDANG : KERJAYA
TAJUK : Ice breaking - Bingo
MASA :
30 minit
ALATAN : kertas bingo
OBJEKTIF :
1. Mengenali peserta antara satu sama lain.
2. Mendedahkan peserta kepada 6 jenis bidang jenis minat
pekerjaan (RIASEC).
3. Menghilangkan rasa malu untuk bertanya kepda rakan baru.
LANGKAH :
1. Fasilitator
mengedarkan lampiran Bingo kepada setiap peserta (lampiran 1).
2. Dalam
10 minit, peserta dikehendaki pergi bertanya rakan tentang kenyataan yang
sesuai dengan dirinya.
3. Sekiranya
peserta tersebut mempunyai ciri tersebut, diminta menurun tandatangan dalam
petak berkenaan.
4. Selepas
Berjaya mendapat kesemua tandatangan untuk 18 kenyataan, peserta dikehendaki
tepuk di depan pentas dan menyahut perkataan BINGO.
5. Selepas
semua peserta selesai, fasilitator akan secara rawak memilih seorang peserta
untuk menguji beberapa orang rakan baru.
FALSAFAH :
Bersikap jujur
dalam tugasan yang diberi.
Malu bertanya sesat jalan
Lampiran 1
Membaiki Komputer
|
Memerhati Orang
|
Berlakon
|
Melukis
|
Suka Mengembara
|
Menyusun data/maklumat
|
Mekanikal
|
Suka Membaca Novel
|
Menyanyi
|
Berkawan
|
Suka Cabaran
|
Suka Menabung
|
Membuat/ Membaiki Perabot
|
Bekerja Sendiri
|
Melukiis
|
Menghadiri Majlis Keramaian
|
Suka Mentadbir & Kepimpinan
|
Ikut Arahan
|
Slot 2 :SELF
DIRECTED SEARCH (SDS)
MASA : 1 Jam
BAHAN : 1. Edaran Ujian
Psikologi (SDS)
OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini,pelajar
akan dapat
1. Mengenali potensi dan personality diri.
2. Melihat keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat.
3. Mengetahui jenis-jenis kerjaya yang sesuai.
4. Bersedia untuk mengetahui bidang pengkhususan yang bakal
dipohon selepas SPM.
LANGKAH-LANGKAH
1.
Fasilitator/guru mengemukakan beberapa soalan
umum yang berkaitan,
Contohnya:
- Apakah yang hendak kamu lakukan selepas
SPM?
- Apakah program yang kamu minati?
- Jika kamu diberi pilihan,jenis pekerjaan
yang bagaimanakah kamu ingin
ceburi?
(Cuba catatkan sebanyak mungkin jawapan
yang diberi pada papan putih
tanpa sebarang
tapisan. Setiap perkara yang dicatatkan perlu dibincangkan
bersama-sama pelajar
melalui aktiviti sumbangsaran)
2. Fasilitator/guru mengedarkan satu set soalan SDS serta kertas jawapan.
3. Fasilatator atau guru menerangkan tentang kepentingan ujian SDS dan cara
menjawabnya.
Nota Guru :
-SDS dapat melihat keselarasan
antara kesukaan,kecekapan dan minat kerjaya.
-Mengenali personaliti dan potensi.
-Membentuk matlamat.
4. Fasilitator /guru member masa 30 minit untuk pelajar menjawab semua
soalan tanpa perbincangan.
5.
Sebelum pentafsiran dibuat,fasilitator/guru
menerangkan kepada pelajar beberapa
syarat antaranya:
-Semua jawapan adalah rahsia anda sendiri.
-Setiap keputusan ada cara mengubahnya.
-Semua hasil yang didapati adalah untuk
melihat kesukaan,kecekapan dan minat
pelajar.
6.
Fasilitator/guru mengarahkan pelajar mengira
‘Y’ sahaja dari atas ke bawah mengikut barisan.
Nota Guru :
-
Barisan pertama untuk Realistic (R)
- Barisan kedua untuk Investigative
(I)
-
Barisan ketiga untuk Artistic (A)
- Barisan keempat untuk Sosial
(S)
-
Barisan kelima untuk Enterprising(E)
-
Barisan keenam untuk Conventional (C)
7. Fasilitator / guru
mengarahkan pelajar mengira mengikut bahagian-bahagian jumlah yang didapati
dalam kesukaan,kecekapan dan minat.
Nota
Guru : Keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat amat perlu dalam
mencapai kecemerlangan.
8. Fasilitator/guru mentafsirkan setiap keputusan yang diperoleh
berdasarkan RIASEC.
9. Fasilitator / guru mencadangkan agar pelajar berjumpa kaunselor untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
PROSES
Sesuatu tingkahlaku dan minat itu tidak menjadi kesalahan selagi dilakukan
dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan keperluan,tempat dan masa.
FALSAFAH
Setiap individu mempunyai potensi yang berbeza-beza,walaupun setengan
mereka menghadapi kesukaran(derita) tetapi mereka tetap puas (bahagia)
SLOT 3 :
EXPLORACE KERJAYA
MASA : 40 minit
ALATAN : kertas manjung, gam
Objektif :
1. Memberi
kefahaman mengenai ciri-ciri personaliti bagi setiap kod R,I,A,S,E,K
2. Memupuk sikap kerjasama di
kalangan ahli kumpulan
3. Meningkatkan kemahiran
berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan.
Langkah:
1. Ahli
dibahagikan kumpulan mengikut keputusan ujian SDS yang telah dilakukan pada
slot 2
2. Ahli
diminta untuk mencari sampul yang berisi ciri-ciri personaliti berdasarkan kod
mata Hollad iaitu R,I,A,S,E,K. setiap kod telah dibezakan mengikut warna iaitu
R – merah, I – Kuning, A – oren, S – Hijau, E – biru dan K – Ungu.
3. Ahli
kumpulan bergerak mencari sampul-sampul tersebut yang telah disembunyikan di
sekitar kawasan sekolah.
4. Setelah
ahli menjumpai semua sampul tersebut, ahli diminta untuk melekatkan ciri-ciri
tersebut di kertas manjung yang telah disediakan.
5. Setiap kumpulan diminta
untuk membentangkan hasil kerja mereka.
Falsafah:
1. Ahli dapat bekerjasama
dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2. Ahli dapat berkongsi ciri
personaliti yang sama di dalam kumpulan.
3. Setiap manusia mempunyai potensi untuk
berjaya.
LAMPIRAN SLOT 3 :
CIRI-CIRI PERSONALITI MENGIKUT KOD RIASEK
REALISTIK
1.
Praktikal
2.
Materialistik
3.
Introvert
4.
Berprinsip
5.
Suka
menggunakan mesin
6.
Tulen
7.
Tegas
8.
Pemalu
9.
Berterus-terang
10. Natural
|
INVESTIGATIF
1.
Analitikal
2.
Berhati-hati
3.
Sifat
ingin tahu
4.
Bebas
5.
Intelektual
6.
Teliti
7.
Introvert
8.
Pasif
9.
Optimistik
10. Rasional
|
ARTISTIK
1.
Imaginatif
2.
Intuitif
3.
Emosional
4.
Bebas
5.
Sensitif
6.
Idealistik
7.
Suka
bersendirian
8.
Tidak
mudah terikut-ikut
|
SOSIAL
1. Sosial
2. Suka menolong
3. Bekerjasama
4. Mesra
5. Peramah
6. Sabar
7. Ekstrovert
8. Baik hati
9. Bertangungjawab
10. Boleh dipercayai
|
ENTERPRISING
1. Suka mempengaruhi
2. Daya pujuk yang tinggi
3. Suka menonjoklan diri
4. Suka berkomunikasi
5. Bercita-cita tinggi
6. Yakin diri
7. Suka meneroka
8. Cergas
9. Optimistik
10. Bebas
|
KONVENSIONAL
1. Berstruktur tinggi
2. Teliti
3. Daya tahan tinggi
4. Praktikal
5. Akur
6. Mengikut aturan
7. Cermat
8. Cekap
9. Sopan
10. Rutin
|
SLOT 4
TAJUK :
Pokok Pekerjaan
MASA : 40 minit
ALATAN :
pokok kertas manjung, pokok besar yang sebenar yang ditampal 60 kad pekerjaan,
gam.
Objektif :
1. Mengukuhkan pengetahuan mengenai bidang
pekerjaan yang bersesuaian dengan personality masing-masing.
2. Memupuk sikap kerjasama di
kalangan ahli kumpulan
3. Meningkatkan
keyakinan diri pelajar terhadap hala tuju masa depan mereka.
Langkah:
1. Pelajar
berkumpul mengikut kumpulan.
2 Fasilitator
mengarahkan setiap kumpulan bergerak ke pokok-pokok yang terletak disebelah
kantin untuk mencari jenis- jenis pekerjaan yang sesuai dengan kumpulan
masing-masing iaitu kumpulan
|
|
|
|
.
|
|
||||
3. Masa yang
ditetapkan untuk setiap kumpulan mengambil jenis pekerjaan tersebut hanya 2
minit dan setiap kumpulan hanya perlu mengambil 10 kad pekerjaan yang
bersesuaian dengan kumpulan mereka.
4. Setelah
itu, setiap kumpulan harus kembali ke tempat berkumpul dan segera menampal
jenis pekerjaan tersebut pada pokok mahjung yang siap sedia ditampal di
dinding.
5. Kemudian,
setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan dari kumpulan mereka. Kumpulan yang
tersalah mengambil kad pekerjaan yang salah akan didenda.
6.
Setelah selesai pembentangan, kad
yang tersalah tadi perlu dipulangkan kepada kumpulan yang bersesuian.
7.
Fasilitator membuat minta pelajar
membuat rumusan dari aktiviti yang dijalankan.
Falsafah:
1.
Memupuk sikap mendengar arahan,
saling bekerjasama dan patuh pada masa yang ditetapkan.
2. Dengan menjalankan aktiviti ini ahli
kumpulan akan memahami lebih lagi berkenaan jenis pekerjaan yang terkandung
dalam persekitaran RIASEK.
Lampiran slot 4
POKOK BESAR YANG SEBENAR YANG DITAMPAL POKOK PEKERJAAN
REALISTIK
11. Mekanik
12. Juruteknik computer
13. Tukang kayu
14. Pasukan beruniform
15. Pelumba F1
16. Juruterbang
17. Juru ukur
18. Pegawai pertanian
19. Tukang masak
20. Pegawai pertanian
|
INVESTIGATIF
11. Pegawai Perubatan.
12. Ahli farmasi
13. Psikiatri
14. Profesor
15. Angkasawan
16. Penyelidik
17. Ahli antropologi
18. Ahli botani
19. Guru sains dan matematik.
20. Ahli kaji bintang
|
ARTISTIK
9.
Arkitek
10. Penggubah lagu
11. Pengarang pelukis
12. Wartawan hiburan
13. Juruhias dalaman
14. Jurufoto
15. Jurusolek
16. Pereka fesyen
17. Kartunis
18. Pereka grafik
|
SOSIAL
11. Guru
12. Pensyarah
13. Pekerja sosial
14. Pegawai perhubungan awam
15. Jururawat
16. Paramedik
17. Pramugari / pramugara
18. Pemandu pelancong
19. Pegawai kebajikan
20. Diplomat
|
ENTERPRISING
11. Usahawan
12. Pengarah syarikat
13. Peguam
14. Ahli politik
15. Pengurus hotel
16. Pengurus bank
17. Wartawan
18. Pejerja insuran
19. Agen pelancongan
20. Jurulatih
|
KONVENSIONAL
11. Setiausaha
12. Penyimpan kira-kira
13. Akauntan
14. Pegawai cukai
15. Juruaudit
16. Penilai harta
17. Juruwang
18. Pegawai perangkaan
19. Jurutrengkas
20. Operator computer
|
SLOT :
5
TAJUK :
Persembahan Kumpulan
MASA : 40 minit
ALATAN :
kertas manjung, gam
Objektif :
1. Mengukuhkan pengetahuan mengenai bidang
pekerjaan yang bersesuaian dengan personality masing-masing.
2. Memupuk sikap kerjasama di
kalangan ahli kumpulan
3. Meningkatkan
keyakinan diri pelajar terhadap hala tuju masa depan mereka.
Langkah:
1. Semua
kumpulan akan diberi 5 naskah suratkhabar yang berkaitan dengan iklan mencari
pekerjaan.
2 Setiap
kumpulan diberi 15 minit untuk mengguting iklan pekerjaan yang sesuai dengan
personality kumpulan dan tampal di manila kad.
3. Ahli
kumpulan menyenaraikan ciri-ciri pekerjaan tersebut di kad manila.
4. Setiap
kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka dalam masa 5 minit.
Falsafah:
1. Ahli dapat bekerjasama
dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2. Ahli
dapat meningkatkan pengetahuan tentang jenis-jenis pekerjaan yang bersesuaian
dengan personality mereka..
3. Setiap ahli mempunyai hala
tuju yang jelas.
No comments:
Post a Comment