Labels

HUBUNGI SAYA

PROGRAM LEPAS UPSR..

CERAMAH THE POWER OF GIVING
Tarikh : 3 Oktober 2016 Hari : Isnin Masa : 11.00 pagi hingga 01.00 petang
Penceramah : Cikgu Noorhisham..Kaunselor paling Aktif
                       Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Beranang

Sasaran : 100 orang murid Tahun 6
Tempat : Makmal Komputer SK Pokok Sena.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Noorhisham kerana sudi meluangkan masa ke sekolah saya untuk bersama murid-murid tahun 6. Tujuannya untuk memberi semangat dan motivasi kepada mereka. Walaupun jauh datang ke Kedah, tapi banyak ilmu dan input baru yang telah kami dapat hasil daripada ceramah tersebut. harapan kami dari pihak sekolah, supaya murid SKPS boleh berubah untuk menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. AMIN...
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :




KERTAS KERJA PROGRAM SENTUHAN TIDAK OK!

KERTAS KERJA PROGRAM SENTUHAN TIDAK OK!!!



SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
06400, POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN
KERTAS KERJA

PROGRAM KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK!
2016


Pada
24 JULAI HINGGA 27 JULAI 2016
Tempat
MAKMAL KOMPUTER
SK POKOK SENA
Anjuran
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
06400 POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN

NAMA PROGRAM

“KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK!”

PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah :
a)          Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik.
b)          Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c)          Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d)          Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e)          Mencium  kanak-kanak dengan bernafsu.
f)           Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g)          Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh) terhadap kanak-kanak.
h)         Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.
i)           Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j)            Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k)          Melakukan onani  terhadap kanak-kanak.
l)           Melacurkan kanak-kanak.

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.

RASIONAL
Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

(a)       Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan gangguan seksual.

(b)      Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

(c)        Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang mengalami gangguan seksual.

(d)        Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

(e)        Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

OBJEKTIF
a)  Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.
b)  Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.
c)  Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.
d)  Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.
e)  Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.
f)   Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 4 dan 5

BUTIRAN PROGRAM
Tarikh
:
24 Julai hingga 27 Julai 2016
Masa
:
Rujuk lampiran
Tempat
:
Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN
Ceramah akan dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan tayangan slide berkaitan program. Jadual pergerakan kelas akan disediakan bagi melicinkan lagi perjalanan program.

TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran








ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
1.
DAKWAT MESIN PENCETAK
RM 30.00 X 2
RM   60.00
2.
BAHAN MODUL

RM 100.00

JUMLAH BESAR

RM 160.00
                                Sumber pendapatan : Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling

Diluluskan/tidak diluluskan
Disahkan oleh

......................................................
(HAJI ZIS BIN ABD RAHMAN)







PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat memberi impak positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara berlaku. Selain itu, diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

Disediakan oleh,


(PN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)
Penyelaras
Kursus Katakan Tidak Pada Sentuhan Tidak OK!
Disemak oleh,


(PN ANIZA BT AL-JOHARI)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

ULASAN PENGERUSI
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Disahkan oleh

(HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN)
Guru Besar
SK Pokok Sena
Tarikh: 24 Julai hingga 27 Julai 2016
Tempat: Makmal Komputer, SK Pokok Sena
Personalia : Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

SENARAI JAWATANKUASA
Pengerusi
TUAN HJ AZIS BIN ABD RAHMAN
(Guru Besar SK Pokok Sena)
Naib Pengerusi
PUAN ANIZA BT AL-JOHARI
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
PUAN SHADIDAH BT SAAD
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI
Setiausaha
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI
JK Fotografi
PUAN WAN NOOR ASYIKIN BT WAN OTHMAN



JK Persediaan Tempat
CIK NOR HAYATI BT ABIDIN
JK Disiplin
PUAN NORHAIYATI BT MOHAMAD






PROGRAM PASCA UPSR 2016.

Kertas Kerja Program Pasca UPSR 2016, SK Pokok Sena.

KERTAS KERJA PROGRAM LEPAS UPSR 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA


PENDAHULUAN

 Setiap tahun Unit UPSR Sekolah Kebangsaan Pokok Sena akan merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti permainan dan pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia murid yang meningkat remaja.

RASIONAL

Melahirkan insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya mencapai hasrat untuk kesejahteraan apabila berada di alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-awalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif mengikut kehendak pemimpin dan negara.

 PROGRAM SELEPAS UPSR 2016

Diharap dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum melangkah ke sekolah menengah.

OBJEKTIF
1.       Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar akan tercapai dengan jayanya.
2.       Menyumbang kesedaran kepada Ibu Bapa/Penjaga bahawa program yang dirangka oleh pihak sekolah perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang menyeluruh.
3.        Keprihatinan Ibu Bapa/Penjaga sewaktu menjaga dan mendidik anak-anak agar menjadi insan yang seimbang dan selari dengan kehendak ajaran agama.
4.       Ibu Bapa/Penjaga perlu merancang corak kehidupan anak-anak demi masa hadapan mereka.
5.       Daya pemikiran kreatif dan kritis Ibu Bapa/Penjaga penting untuk anak-anak dan membuka minda anak-anak daripada senantiasa dijajah oleh kemiskinan.
6.        Mendapat maklumat terkini mengenai peranan pihak kerajaan dalam menjanakan masyarakat Malaysia yang berilmu dan serba boleh.
7.       Menyedarkan bahawa anak-anak adalah generasi akan datangdan mereka perlu disemai dan diacuankan mengikut peredaran zamanserta tidak laridengan landas- landas agama Islam dan kehendak pemerintah.
8.        Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
9.        Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.

TEMPOH MASA
 Sepanjang bulan September, Oktober dan November.

SASARAN
i)                     Murid-murid Tahun 6 2016
ii)                   Warga Sekolah Kebangsaan Pokok Sena




CARTA  ORGANISASI  PROGRAM  SELEPAS  UPSR  TAHUN  ENAM  2016

PENGERUSI
Hj Azis bin Hj Abd Rahman (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI 1
Pn  Nor Shadidah Bt Saad ( PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2
Pn Aniza Bt Al-Johari (PK HEM)
Pn Kharima Bt  Zainal Abidin (PK KOKO)
En Fazil Bin Halim (PK PPKI)
PENYELARAS PROGRAM
Pn Azian Bt Ismail
SETIAUSAHA
Pn Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
BENDAHARI
Nor Eni Bt Ahmad
AJK
Mahazir Bin Md Jiwa
Mohd Paozi Bin Che Nor
Wan Noor Ashikin Bt Wan Othman
Erni Hafiza Bt Abd Kadir
Rusni Bt Said
Siti Salmah Bt Mohamad
Mukti Bin Hamid
Mohd Shukri Bin Jayaha
Mohamad Mahyudin Bin Mohd Ishak
Ku Nor Azman Bin Ku Mohd Yusof
Zarita Bt Shirun @ Harun
Eka Rusmawaty Bt Sujak
Irwan Suhardi Bin Hussain
Hamidah Bt Hussain
Suriani Bt Jamaluddin

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM LEPAS UPSR 2016
Pertandingan FUTSAL
Hadiah tempat pertama                                                                                                       RM 25.00
Hadiah tempat Kedua                                                                                                          RM 20.00
Hadiah tempat ketiga                                                                                                           RM 15.00
                                                                                                                                                Jumlah RM 60.00
Program “persediaan Ke Sekolah Menengah”
Saguhati Penceramah                                                                                                          RM 100.00

Pertandingan memasak
Hadiah tempat pertama                                                                                                       RM 25.00
Hadiah tempat Kedua                                                                                                          RM 20.00
Hadiah tempat ketiga                                                                                                           RM 15.00
                                                                                                                                                Jumlah RM 60.00
Karnival 1Murid 1SUKAN
Hadiah tempat pertama                                                                                                       RM 25.00
Hadiah tempat Kedua                                                                                                          RM 20.00
Hadiah tempat ketiga                                                                                                           RM 15.00
                                                                                                                                                Jumlah RM 60.00

Jumlah keseluruhan pertandingan                                                                    RM 280.00

Bahan – bahan lain
Kertas A4                                                                                               3 rim X RM 10.00                 RM 30.00
Salotape                                                                                                 5 X RM 3.00                          RM 15.00
Marker pen                                                                                           5 set X RM 5.00                    RM 25.00
Bahan memasak                                                                                                                                    RM 200.00
Makan penceramah                                                                                                                             RM 20.00
                                                                                                                                Jumlah             RM 290.00

Jumlah Keseluruhan                                                                                                     RM 570.00

SUMBER KEWANGAN
Unit Peningkatan UPSR 2016.

 PENUTUP

Segala perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan diadakan kelak. Kerjasama daripada semua pihak terutama pihak pentadbir amatlah diharapkan agar perjalanan setiap aktiviti ini dapat berjalan lancar dan tersusun.


Disediakan oleh,                                                                                                                                                            

__________________________________________                                                                                                                 
(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)                        
Guru  Bimbingan dan Kaunseling                                                                                                
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena


CONTOH AKTIVITI YANG DAPAT DIKONGSI BERSAMA...



























Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024