Labels

HUBUNGI SAYA

KERTAS KERJA PROGRAM PASCA UPSR 2017


KERTAS KERJA PROGRAM LEPAS UPSR 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA


PENDAHULUAN

 Setiap tahun Unit UPSR Sekolah Kebangsaan Pokok Sena akan merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti permainan dan pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia murid yang meningkat remaja.

RASIONAL

Melahirkan insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya mencapai hasrat untuk kesejahteraan apabila berada di alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-awalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif mengikut kehendak pemimpin dan negara.

 PROGRAM SELEPAS UPSR 2017

Diharap dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum melangkah ke sekolah menengah.

OBJEKTIF
1.     Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar akan tercapai dengan jayanya.
2.     Menyumbang kesedaran kepada Ibu Bapa/Penjaga bahawa program yang dirangka oleh pihak sekolah perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang menyeluruh.
3.      Keprihatinan Ibu Bapa/Penjaga sewaktu menjaga dan mendidik anak-anak agar menjadi insan yang seimbang dan selari dengan kehendak ajaran agama.
4.     Ibu Bapa/Penjaga perlu merancang corak kehidupan anak-anak demi masa hadapan mereka.
5.     Daya pemikiran kreatif dan kritis Ibu Bapa/Penjaga penting untuk anak-anak dan membuka minda anak-anak daripada senantiasa dijajah oleh kemiskinan.
6.      Mendapat maklumat terkini mengenai peranan pihak kerajaan dalam menjanakan masyarakat Malaysia yang berilmu dan serba boleh.
7.     Menyedarkan bahawa anak-anak adalah generasi akan datangdan mereka perlu disemai dan diacuankan mengikut peredaran zamanserta tidak laridengan landas- landas agama Islam dan kehendak pemerintah.
8.      Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
9.      Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.

TEMPOH MASA
 Sepanjang bulan September, Oktober dan November.

SASARAN
i)                     Murid-murid Tahun 6 2017
ii)                   Warga Sekolah Kebangsaan Pokok Sena




CARTA  ORGANISASI  PROGRAM  SELEPAS  UPSR  TAHUN  ENAM  2017

PENGERUSI
Abdul Roni Bin Mustaffa  (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI 1
Pn  Nor Shadidah Bt Saad ( PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2
Pn Aniza Bt Al-Johari (PK HEM)
Pn Kharima Bt  Zainal Abidin (PK KOKO)
En Fadzil Bin Halim (PK PPKI)
PENYELARAS PROGRAM
Pn Nor E’ni Bt Ahmad
SETIAUSAHA
Pn Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
BENDAHARI
Nor Eni Bt Ahmad
AJK
Mahazir Bin Md Jiwa
 Saipul Bin Mat Yasin
Wan Noor Ashikin Bt Wan Othman
Erni Hafiza Bt Abd Kadir
Rusni Bt Said
Siti Salmah Bt Mohamad
Mukti Bin Hamid
Mohd Shukri Bin Jayaha
Mohamad Mahyudin Bin Mohd Ishak
Ku Nor Azman Bin Ku Mohd Yusof
Zarita Bt Shirun @ Harun
Eka Rusmawaty Bt Sujak
Irwan Suhardi Bin Hussain
Arshadiah Bt Abu Bakar
Suriani Bt Jamaluddin

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM LEPAS UPSR 2017
Pertandingan FUTSAL
Hadiah tempat pertama                                                                          RM 25.00
Hadiah tempat Kedua                                                                            RM 20.00
Hadiah tempat ketiga                                                                             RM 15.00
                                                                                                            Jumlah RM 60.00
Pertandingan BOLA TAMPAR
Hadiah tempat pertama                                                                          RM 25.00
Hadiah tempat Kedua                                                                            RM 20.00
Hadiah tempat ketiga                                                                             RM 15.00
                                                                                                            Jumlah RM 60.00

Aktiviti memasak
Bahan untuk Memasak                                                                           RM 250.00

SAHUHATI PENCERAMAH AADK                                                                      RM 50.00
MAKAN DAN MINUM PENCERAMAH PROGRAM TAHUN 6                                RM 50.00
                                                                                                           
                                                                                   
Jumlah keseluruhan                                                                             RM 470.00

SUMBER KEWANGAN
Unit Peningkatan UPSR 2017

PENUTUP

Segala perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan diadakan kelak. Kerjasama daripada semua pihak terutama pihak pentadbir amatlah diharapkan agar perjalanan setiap aktiviti ini dapat berjalan lancar dan tersusun.


Disediakan oleh,                                                                                                   

__________________________________________                                                                           
(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)                    
Guru  Bimbingan dan Kaunseling                                                                        

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena



No comments:

Post a Comment

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024