

KERTAS KERJA
PROGRAM ORIENTASI
“PEMUGARAN EMOSI MURID / MINDA SIHAT SEKOLAH RENDAH”
DALAM KEBIASAAN BAHARU
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
TAHUN 2020
1.0
PENGENALAN
Program ini dijalankan untuk membantu
pengurusan sekolah pada hari pertama persekolahan dengan mengambil kira
langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit coronavirus 2019
(Covid-19). Disamping itu, program ini juga membantu murid berasa tenang dan
selesa dengan kebiasaan baharu. Program
Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan
intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid
-murid selepas lama bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat:
“Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah
akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.
2.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini, murid-murid akan dapat :
2.1
Mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem
persekolahan sesuai dengan kebiasaan baharu.
2.2
Memastikan psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga
sekolah diberi perhatian semasa berada di sekolah.
2.3
Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.
3.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT
DAN OUTCOME)
Output
|
Warga sekolah dapat mengetahui
kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem persekolahan sesuai
dengan kebiasaan baharu.
|
Outcome
|
Membantu murid menyesuiakan diri dengan
kebiasaan baharu di sekolah.
Warga sekolah dapat mengamalkan panduan
yang diberikan oleh Guru Bimbingan dan kaunseling dan dapat membantu orang
lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi.
|
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Pokok Sena.
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN
5.1
Menyediakan ahli jawatankuasa Pelaksanaan
Program.
5.2 Mengadakan taklimat
penerangan tentang konsep objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada murid dan guru.
5.3 Melaksanakan Program
Pemugaran Emosi dalam normal baharu pada hari pertama persekolahan.
5.4 Tempat pelaksanaan
program adalah di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
5.5 Jawatankuasa pemantau
adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah dan penyelaras program.
6.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Program Pemugaran
Emosi Murid akan dilaksanakan seperti ketetapan
berikut:
6.1 Tarikh : 15 Julai 2020 – Tahun 5 dan 6
22
Julai 2020 – Tahun 1,2,3 dan 4
6.2 Hari : Rabu
6.3 Masa : 07.45 pagi hingga 01.15 petang
6.4 Tempat : Dewan SKPS / Tapak Perhimpunan
7.0 ATUR CARA PROGRAM
Berikut jadual pelaksanaan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam
Kebiasaan Baharu Tahap 1 dan Tahap 2.
7.1 Jadual Pelaksanaan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid
Dalam Kebiasaan Baharu (Tahap 1)
Masa
|
Aktiviti
|
1
(30 minit)
|
Slot 1
Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
-
Sejarah Covid-19
-
Lembaran Kerja 1.1 (Kenali Covid-19)
|
2
(60 minit)
|
Slot 2
Dunia Baharuku
-
7 langkah cuci tangan
-
Penjarakan sosial
-
Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
-
Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
-
Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama
-
Aktiviti (Lembaran Kerja) - 7 langkah cara mencuci tangan
- Aktiviti
(Lembaran Kerja) - Langkah Pencegahan Covid 19
|
3
(30 minit)
|
Slot 3
Relaksasi Minda
-
Aktiviti (Lembaran Kerja)
-Asal Covid-19
-
Aktiviti (Lembaran Kerja)- Golongan Berisiko Tinggi
|
4
(30 minit)
|
Slot 4
Refleksi dan Rumusan
-
Pesanan guru kepada murid
a) Sentiasa menjaga diri
b) Hikmah di sebalik wabak
Covid-19
|
7.2 Jadual Pelaksanaan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid
Dalam Kebiasaan Baharu (Tahap 2)
MASA
|
AKTIVITI
|
1
|
Slot 1
Soal selidik
-
Ujian Pra (Lampiran 1)
Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
-
Sejarah Covid-19 (Lampiran 2)
|
2
|
Slot 2
Dunia Baharuku
-
7 langkah cuci tangan (Lampiran 3)
-
Penjarakan sosial
-
Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
-
Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
-
Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama
|
3
|
Slot 3
-
Perkongsian Pengalaman (Lampiran 4)
-
Relaksasi Minda Covid-19 (Lampiran 5)
|
4
|
Slot 4
Pengurusan Daya Tindak (Lampiran 6)
|
5
|
Slot 5
Rumusan (Lampiran 7)
Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan Baharu (Lampiran 8)
|
·
Waktu rehat bergantung kepada jadual persekolahan
·
Guru dibekalkan Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi
Murid Dalam Kebiasaan Baharu
·
Murid dibekalkan modul aktiviti
8.0 PELAN PENGURUSAN
RISIKO
8.1 RISIKO
RISIKO
|
PENYELESAIAN
|
Tarikh program yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana ada
perkara yang lebih utama pada hari tersebut.
|
Meneruskan program pada hari berikutnya iaitu hari Khamis.
|
Guru matapelajaran yang tidak hadir pada waktu tersebut kerana
tugas lain.
|
Guru ganti akan menjalankan program ini dengan kerjasama Guru
Bimbingan dan Kaunseling.
|
8.2. KEKUATAN
8.2.1 Sumber
kewangan dari peruntukan zakat sekolah.
8.2.2 Kerjasama
dari pihak pentadbir dan guru untuk melaksanakan program tersebut.
9.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Bil
|
Sumber Kewangan
|
Jumlah (RM)
|
1.
|
Sumber Kewangan zakat
|
RM 604.20
|
Bil
|
Perbelanjaan
|
Jumlah (RM)
|
1.
|
Hadiah
tahun 1 (18 x RM 5.00)
|
RM 90.00
|
2.
|
Hadiah
tahun 2 (18 x RM 5.00)
|
RM 90.00
|
3.
|
Hadiah
tahun 3 (18 X RM 5.00)
|
RM 90.00
|
4.
|
Hadiah
tahun 4 (18 X RM 5.00)
|
RM 90.00
|
5.
|
Hadiah
tahun 5 (18 X RM 5.00)
|
RM 90.00
|
6.
|
Hadiah
tahun 6 (18 X RM 5.00)
|
RM 90.00
|
7.
|
Fotostat bahan lampiran dan modul
|
RM 38.20
|
8.
|
Dokumentasi Program
|
RM 26.00
|
|
JUMLAH BESAR
|
RM 604.20
|
10.0 JAWATANKUASA INDUK
Penaung
|
Abdul Roni Bin Mustafa
Guru Besar, SK Pokok Sena
|
Penasihat
|
Syahril Azri Bin Yahya
(Penolong Kanan Pentadbiran)
|
Pengerusi
:
|
Emiliza Bt Othman
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
|
Setiausaha
|
Rosmawati Bt Abdul Ghani
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
|
Bendahari Salmah
Bt Nor
(Kerani
Kewangan SK Pokok Sena )
11.0 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Abdul
Roni Bin Mustafa (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Emiliza Bt Othman (PK HEM)
Setiausaha : Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan
Kaunseling)
Bendahari : Salmah
Bt Nor
(Kerani
Kewangan SK Pokok Sena )
Penyediaan Bahan : Rosmawati
Bt Abdul Ghani
Hadiah : Warda
Hayati Bt Ghazali
Buku Program :
Rosmawati Bt Abdul Ghani
Laporan Dokumentasi : Rosmawati
Bt Abdul Ghani
12.0 PENUTUP
Diharapkan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam
Kebiasaan Baharu
diperingkat Sekolah Kebangsaan Pokok Sena ini dapat
berjalan lancar sebagaimana
yang telah dirancang hasil
kerjasama semua pihak.
Disediakan oleh:
(ROSMAWATI BT
ABDUL GHANI)
Setiausaha
Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu
Disemak oleh:
(EMILIZA BT
OTHMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Pokok Sena
Ulasan :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Diluluskan
oleh :
(ABDUL RONI BIN MUSTAFA)
Guru
Besar
SK
Pokok Sena
No comments:
Post a Comment