KERTAS KERJA
PELANCARAN PROGRAM
MENTOR MENTEE
PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN POKOK SENA
1. Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor
mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan
tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja
menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi
juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah
kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau
mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna
kepada masyarakat dan negara.
2. Konsep
Membangun Sahsiah Diri Murid
Melalui Budaya Amalan Penyayang
3. Rasional
3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan
membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri
melalui bimbingan dan panduan daripada mentor
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
tuntutan
remaja yang sudah pasti amat
memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan
perhatian bagi membolehkan
mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis
dan menyeronokkan.
4. Objektif
Melalui program ini, murid
diharapkan dapat;
4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang
kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.
4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling
menghargai antara satu sama lain.
4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi
masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil
berat (caring) terhadap kebajikan
mereka.
5. Pelaksanaan
5.1 Program
dilaksanakan kepada semua murid SK Pokok Sena
5.2 Melaksanakan program mentor mentee
sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti :
a) Waktu perhimpunan rasmi
b) Waktu ko-kurikulum
c) Selepas waktu persekolahan
5.3 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10
kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1
kali dalam sebulan.
5.4 Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah
berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti
berikut:
a) Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b) Peningkatan Disiplin Murid
c) Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d) Perkembangan Kerjaya
6. Strategi
Pelaksanaan
6.1 Mengadakan taklimat, penerangan tentang
konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada murid dan guru.
6.2 Mengadakan majlis penyerahan mentee
kepada mentor.
6.3 Perjumpaan diadakan di dalam kelas.
6.4 Pelantikan Mentor
a) Semua guru dilantik menjadi mentor
b) Pelantikan mentor dibuat secara rasmi
(bertulis)
c) Setiap mentor diberikan senarai tugas,
peranan, modul dan senarai mentee
6.5 Pengagihan
Mentee
a) Mentee adalah terdiri daripada murid di
dalam kelas
b) Setiap kelas mempunyai 2 orang mentor
6.6 Tugas
Mentor
a) Mengendalikan sesi perjumpaan dengan
mentee di dalam kelas.
b) Melaksanakan aktiviti mengikut modul
yang telah disediakan
c) Mengambil tahu dan menjaga kebajikan
mentee
d) Membantu mentee yang memerlukan
perhatian
e) Merekod kehadiran mentee
f) Mengisi borang pertemuan mentor mentee
7. Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Tn
Haji Azis Bin Abd Rahman (Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : Pn. Ros Nani Bt Iteng (GPK Hal Ehwal
Murid)
Naib Pengerusi 1 : Pn
Rogayah Bt Ismail (GPK Tadbir &Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Kharimah Bt Zainal Abidin (GPK
Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En Sharih Roslan Effendi Bin
Rosly (GPK PPKI)
Penyelaras : Pn Aini Bt Ahmad
Setiausaha : Rosmawati Bt Abdul Ghani
(Guru Bimbingan dan
Kaunseling)
AJK : Sarimah Bt Saad
Safinah Bt Mad Said
Mukti Bin Hamid
Siti Balkhis bt Abd Razak
Nurul Hana Bt Abd Wahab
Jawatankuasa Pelaksana
Banner pelancaran
Pn Aini Bt
Ahmad
Nurul Hana Bt
Abd Wahab
AJK Sijil Lantikan
Sarimah Bt Saad
|
|
Bacaan Doa
Ustaz Mukti
Bin Hamid
Juruacara
Pn. Siti
Balkhis Bt Abd Razak
AJK Buku Program
AJK Persembahan
Safinah Bt Mad Said
Sarimah Bt Saad
AJK Dokumentasi
Rosmawati Bt Abd Ghani
|
|
Rosmawati Bt
Abdul Ghani
AJK PA Sistem / Siaraya
En. Mahazir bin Mad Jiwa
Pengawas Sekolah
AJK Disiplin/ Kawalan
Murid
Pengawas Sekolah
Nurul Hana Bt Abd Wahab
AJK Jurugambar
Siti Basrah Bt Omar
8. Anggaran Perbelanjaan
Perkara
|
Jumlah (RM)
|
1. Banner
Pelancaran 1 X RM 50.00
|
50.00
|
2. Reben 2 X RM 5.00
|
10.00
|
3.
Fail Poket
36 X
RM 0.50
|
18.00
|
4.
Photostat Bahan
|
RM 22.00
|
Jumlah
Keseluruhan
RM 100.00
|
Keseluruhan
peruntukan dari PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling.
9. Aturcara Program
07.30 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Tapak
Perhimpunan.
07.35 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
07.40 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Mukti Bin Hamid.
07.45 pagi : Ucapan Penyeiaras Program oleh Pn. Aini Bt Ahmad tentang Mentor-
Mentee Program Sekolah Penyayang
08.00 pagi :
Ucapan Perasmian oleh Tn Haji Azis Bin Abd Rahman (Guru Besar SKPS)
08.05 pagi : Gimik
Pelancaran / Persembahan Murid
08.10 pagi :
Majlis Watikah Pelantikan Mentor
08.15 pagi :
Majlis Bersurai
9. Penutup
Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan
sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan
guru dan murid, serta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat
dan sejahtera dalam kalangan murid.
Disediakan oleh : Disemak
oleh :
………………………………………. ……… …………………………..
(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI K.B;P.A)
Setiausaha,
Program Mentor Mentee,
Peringkat SK Pokok Sena,
Sesi 2014.
Disahkan oleh :
………………………………..