Labels

HUBUNGI SAYA

KENALI GURU KAUNSELING ANDA

Nama Cikgu ialah Rosmawati Bt Abdul Ghani. Dilahirkan di Pendang, kedah pada 19 September 1982. Mempunyai 5 orang adik beradik dan cikgu ialah anak yang pertama. Sekolah pertama di SK Haji Idris,kemudian ke sekolah menengah di SMK Tanah Merah, Pendang.

Pada tahun 1999, menduduki SPM,alhamdulillah berjaya mendapat gred 1 dan sambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang Perakaunan. Kemudian, tahun 2003, dapat sambung belajar di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) ataupun sekarang dikenali sebagai UMT (Universiti Malaysia Terengganu) dalam bidang Pengurusan Kaunseling.

Alhamdulillah, bidang Kaunseling menjadi minat cikgu untuk belajar dengan lebih tekun dan akhirnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2006, mendapat tawaran bekerja di UPM sebagai Kaunselor Pelajar dan tawaran sambung belajar sebagai guru di Maktab Perguruan Darulaman sebagai guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah.

Pilihan yang cikgu ambil ialah sambung belajar, kerana cikgu suka bersama dengan anak murid.Pada tahun 2007, cikgu dipostingkan di SK Asyakirin, Bintulu Sarawak sebagai guru Bahasa Inggeris. Pada tahun 2008, mohon pertukaran, dan berjaya bertukar di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. mengajar di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena hingga sekarang dan cikgu bahagia bersama anak murid cikgu dan berjaya mendapat gelaran Guru Cemerlanga Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah pada tahun 2013.

Cikgu doakan semua murid SK Pokok Sena juga berjaya seperti cikgu, kerana belajar secara berterusan akan memberi semangat kepada kita supaya berjaya di dunia dan akhirat. Akhir kata dari cikgu, belajarlah bersungguh-sungguh supaya impian kita akan tercapai. Cita-cita tidak akan datang sekiranya, kita bersikap malas.

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024