Labels

HUBUNGI SAYA

KERTAS KERJA PROGRAM PELANCARAN MENTOR-MENTEE


KERTAS KERJA

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

 


       

1.         Pengenalan

 

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

 

2.         Konsep

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang

3.         Rasional

3.1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan

       pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor

 

3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan

      remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan

      perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis

      dan menyeronokkan.

 

 

 

4.         Objektif

            Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

 

4.1       Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.

4.2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

4.3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

           

5.         Pelaksanaan

            5.1       Program dilaksanakan kepada semua murid SK Pokok Sena

5.2       Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti :

a)      Waktu perhimpunan rasmi

b)      Waktu ko-kurikulum

c)      Selepas waktu persekolahan

5.3       Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.

5.4       Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:

a)      Pembangunan Sahsiah Diri Murid

b)      Peningkatan Disiplin Murid

c)      Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan

d)      Perkembangan Kerjaya

 

 

 

 

 

 

6.         Strategi Pelaksanaan

6.1       Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada murid dan guru.

6.2       Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

6.3       Perjumpaan diadakan di dalam kelas.

6.4       Pelantikan Mentor

a)      Semua guru dilantik menjadi mentor

b)      Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis)

c)      Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee

6.5       Pengagihan Mentee

a)      Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas

b)      Setiap kelas mempunyai 2 orang mentor

6.6       Tugas Mentor

a)      Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.

b)      Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan

c)      Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee

d)      Membantu mentee yang memerlukan perhatian

e)      Merekod kehadiran mentee

f)       Mengisi borang pertemuan mentor mentee

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7.         Jawatankuasa Induk

Pengerusi                    :           Tn Haji Azis Bin Abd Rahman (Guru Besar )

 

Timbalan Pengerusi    :           Pn. Ros Nani Bt Iteng (GPK Hal Ehwal Murid)

 

Naib Pengerusi 1         :           Pn Rogayah Bt Ismail  (GPK Tadbir &Kurikulum)

 

Naib Pengerusi 2         :           Pn. Kharimah Bt Zainal Abidin (GPK Ko-Kurikulum)

 

Naib Pengerusi 3         :           En Sharih Roslan Effendi Bin Rosly  (GPK PPKI)

 

            Penyelaras                  :           Pn Aini Bt Ahmad


 

Setiausaha                   :           Rosmawati Bt Abdul Ghani

 (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

 

            AJK                               :           Sarimah Bt Saad

Safinah Bt Mad Said

Mukti Bin Hamid

Siti Balkhis bt Abd Razak

Nurul Hana Bt Abd Wahab

 

 

           

             Jawatankuasa Pelaksana 

 


Banner pelancaran
Pn Aini Bt Ahmad
Nurul Hana Bt Abd Wahab
 
AJK Sijil Lantikan
Sarimah Bt Saad
 
 
 
 
            Bacaan Doa

            Ustaz Mukti Bin Hamid

 

            Juruacara

            Pn. Siti Balkhis Bt Abd Razak

 

AJK Buku Program


     AJK Persembahan
      Safinah Bt Mad Said
     Sarimah Bt Saad
 
     AJK Dokumentasi
     Rosmawati Bt Abd Ghani
 
 
Rosmawati Bt Abdul Ghani

 

AJK PA Sistem / Siaraya

En. Mahazir bin Mad Jiwa

Pengawas Sekolah

 

AJK Disiplin/ Kawalan Murid

Pengawas Sekolah

Nurul Hana Bt Abd Wahab

            AJK Jurugambar

Siti Basrah Bt Omar

8.         Anggaran Perbelanjaan

 
 
 
 
 
 
 

Perkara
Jumlah (RM)
1.  Banner Pelancaran                               1 X RM 50.00
 50.00
2.  Reben                                                 2 X RM 5.00
 10.00
3.    Fail Poket                                                36 X RM  0.50
 18.00
4.  Photostat Bahan
RM 22.00
                             Jumlah Keseluruhan                                               RM 100.00

 

            Keseluruhan peruntukan dari PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling.

 

9.         Aturcara Program

           

07.30 pagi :  Semua guru dan murid berkumpul di Tapak Perhimpunan.

07.35 pagi :  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

07.40 pagi :  Bacaan doa oleh Ustaz Mukti Bin Hamid.

07.45 pagi  :  Ucapan Penyeiaras Program oleh Pn. Aini Bt Ahmad tentang Mentor-

Mentee Program Sekolah Penyayang

08.00 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh Tn Haji Azis Bin Abd Rahman (Guru Besar SKPS)

08.05 pagi  :  Gimik Pelancaran / Persembahan Murid

08.10 pagi :  Majlis Watikah Pelantikan Mentor

08.15 pagi :  Majlis Bersurai

 

9.  Penutup

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, serta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh :                                                              Disemak oleh :

 

 

 

………………………………………. ………                                       …………………………..

(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI K.B;P.A)                          

Setiausaha,

Program Mentor Mentee,                                                

Peringkat SK Pokok Sena,

Sesi 2014.  

 

 

 

 

Disahkan oleh :

 

 

 ………………………………..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024