boleh dirujuk untuk kebaikan bersama...
Sekian, terima Kasih.
PROGRAM KAUNSELING
BERFOKUS
SEKOLAH
KEBANGSAAN POKOK SENA
1. LATAR BELAKANG
Kajian terhadap kes buli dan ponteng yang telah dibuat oleh
institusi pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin
meningkat. Salah laku ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemerosotan
prestasi akademik di samping salah laku negatif yang lain seperti ponteng, bergaduh,
merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Tabiat buruk yang
dilakukan oleh segelintir murid ini patut dibendung. Pelantikan jawatan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lebih dari seorang di setiap sekolah
diharap dapat membantu menangani masalah
kemerosotan prestasi akademik dan disiplin ini secara profesional.
2. PERNYATAAN MASALAH
Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh murid sentiasa
berlaku. Pihak
sekolah telah berusaha untuk mengubah tingkah laku yang negatif dengan berbagai-bagai pendekatan. Peranan
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sememangnya telah diterima sebagai
satu perkhidmatan yang penting di sekolah. Bagi membantu pihak sekolah
menangani masalah ini secara professional, pengumpulan data dan maklumat
diperlukan untuk membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan dan
jumlah murid yang telah berubah dan tingkah laku negatifnya kepada
tingkah laku positif serta prestasi akademik mereka meningkat.
3. MATLAMAT
4. OBJEKTIF
4.1 Membantu
sekolah mengurangkan masalah salah laku disiplin di samping mempertingkatkan prestasi akademik dan sahsiah
murid.
4.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa dapat membantu menyelesaikan masalah
salah laku disiplin dan sosial murid secara berfokus dan bermaklumat.
4.3 Meningkatkan
kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap
peranan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa dalam usaha membendung masalah disiplin murid.
4.4 Membugarkan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa dalam menangani disiplin murid.
5. RASIONAL
Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah untuk
melahirkan insan yang seimbang serta dapat memperkembangkan potensi diri secara
menyeluruh.
6. FOKUS
PELAN TINDAKAN
6.1 Mengesan semua kumpulan murid
mengikut kategori yang disenaraikan melalui
pemerhatian, laporan disiplin, SSDM,
buku catatan, soal selidik, maklumat
pembimbing rakan sebaya dan lain-lain.
6.2 Semua kumpulan murid yang telah
dikenal pasti ini hendaklah disenaraikan mengikut 3 Bidang utama iaitu:
6.2.1
Bidang Akademik
6.2.2
Bidang Disiplin
6.2.3
Bidang PPDa.
6.3 Program ini memberi tumpuan
kepada ke tiga-tiga bidang. Bidang Akademik wajib iaitu untuk meliputi kumpulan Cemerlang
dan Galus. Kemudian pilih 3 kumpulan
sasaran daripada 2 bidang yang berikutnya mengikut keperluan sekolah. Jumlah murid yang terpilih dalam setiap
kumpulan minimum 10 orang dan maksimum 20 orang murid untuk setiap satu
kumpulan sasaran.
Contoh : Ali bin Abdullah Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa dari SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang,
Hulu Langat telah memilih:
1.
Bidang Akademik (WAJIB)
Kumpulan Cemerlang – 10
orang murid
Kumpulan Galus - 20
orang murid
2.
Bidang Disiplin (PILIHAN)
Kumpulan Ponteng -
10 orang murid
Kumpulan Buli - 10 orang murid
3.
Bidang PPDa (PILIHAN)
3.1 Kumpulan
Merokok - 10 orang murid
4.
Bidang Pembangunan Staf (PILIHAN)
6.4 Ambil maklumat peribadi murid yang tersenarai
dan difailkan.
6.5 Murid berkenaan hendaklah menjalani proses
kaunseling individu dan kelompok
secara berterusan ( ada laporan dan catatan)
6.6 Murid berkenaan dilibatkan sama dalam program
khas B & K yang sesuai (ada
laporan dan catatan)
6.7 Bincang / bentang laporan dan catatan
kepada pengetua / Guru Bersar sebelum 1
hari bulan pada setiap bulan.
6.8 Hantar
laporan kepada PPD pada setiap 5 hari bulan pada setiap 4 bulan sekali.
6.9 PPD hantar ke Unit HEM JPNK sebelum 10 hari
bulan pada setiap 4 bulan sekali.
7. SASARAN
7.1 BIDANG
AKADEMIK
7.1.1 Kumpulan Cemerlang
7.1.2 Kumpulan Galus
* Borang Pengesanan A
*
Borang Rumusan A
7.2 BIDANG DISIPLIN
7.2.1 Kumpulan Ponteng
7.2.2 Kumpulan Buli
7.2.3
Kumpulan Mencuri
7.2.4 Kumpulan Bergaduh
* Borang Pengesanan B
* Borang Rumusan B
7.3
BIDANG PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
7.3.1 Kumpulan Merokok
7.3.2 Kumpulan Dadah
* Borang
Pengesanan C
* Borang Rumusan C
8. PENILAIAN
DAN PEMANTAUAN
8.1
Pengetua / Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah.
8.2 Pegawai Kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah
8.3
Pegawai Kaunseling Jabatan Pelajaran NEGERI KEDAH.
9. AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN
(GURU BESAR SKPS)
Timbalan Pengerusi : PN ROGAYAH BT ISMAIL (GURU PENOLONG KANAN)
Naib Pengerusi : PN ROS
NANI BT ITENG (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid)
PN
KHARIMA BT ZAINAL ABIDIN (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
EN
SHARIH ROSLAN EFFENDY BIN ROSELY (Guru Pen Kanan PPKI)
Setiausaha : PN ROSMAWATI BT ABDULGHANI (Ketua Unit Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa)
Naib Setiausaha : PN SAFINAH
BT MD SAID (Ketua Unit Disiplin)
AHLI JAWATANKUASA:
1)
PN AINI BT AHMAD (Guru Pemulihann)
2)
EN MUKTI BIN HAMID (Ketua
Panitia Pendidikan Islam)
3)
PENYELARAS KELAS TAHUN 1 HINGGA
TAHUN 6
PROGRAM BERFOKUS
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bil
|
Proses Kerja
|
Pegawai Yang Meluluskan / Dirujuk
|
Catatan
|
1.
|
Mengesan dn mengenalpasti murid
berdasarkan maklumat.
|
|
|
2.
|
Senarai murid mengikut BIDANG
kemudian senarai mengikut kumpulan
sasaran.
|
||
3.
|
Mengadakan sesi pertemuan dengan
murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program
Kaunseling Berfokus.
|
||
4.
|
Dapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat.
|
||
5.
|
Hantar maklumat awal pelajar kepada
PPD SPPK dan Unit HEM JPNS.
|
||
6.
|
Menyediakan Modul Latihan Berstruktur
dan Kaunseling Berfokus
|
||
7.
|
Menjalankan ujian pra sebelum
aktiviti.
|
||
8
|
Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau
program khas.
|
||
9.
|
Menjalan ujian post selepas aktiviti
|
||
10.
|
Membuat analisis ujian pra/post.
|
||
11.
|
Menyediakan pelaporan keberkesanan.
|
||
12.
|
Berbincang / bentengkan laporan kepada pengetua.
|
||
13.
|
Hantar laporan kepada PPD SPPK
|
||
14.
|
Hantar Laporan kepada Unit HEM
JPN Kedah
|
||
15.
|
Tindakan susulan.
|


![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

![]() |
![]() |