Labels

HUBUNGI SAYA

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Program "Boost- Up" (motivasi Tahun 6)

Tarikh : 24 Julai 2014
Hari : Khamis
Masa : 08.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKPS

      
        Program Motivasi ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh guru praktikum daripada IPG Kampus Darul Aman. Program ini dirancang bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Pokok Sena.
        
            Tujuan Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang keyakinan diri dan motivasi dalaman iaitu pembangunan diri murid sebelum mereka menempuh UPSR yang sebenar padabulan September. Disamping itu, program ini juga memberi pengalaman tambahan kepada guru praktikum tentang cara untuk mengendali sesuatu program.

 
Objektif program :
1. Melatih murid-murid untuk mencapai sasaran lulus 100% dalam semua matapelajaran.
2. Murid-murid tahun 6 akan dapat meningkatkan prestasi dan mencapai keputusan lulus dan cemerlang dalam UPSR 2014.
 
 

          

PROGRAM PEMBUNGARAN EMOSI MURID UPSR 2014

Laporan Aktiviti Pembungaran Emosi Murid UPSR 2014.

Selepas diumumkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan, murid-murid SKPS rasa amat kecewa kerana perlu mengambil semula peperiksaan tersebut buat kali ke2.
Walaupun perasaan tersebut melanda dalam diri murid-murid tetapi mereka tetap disokong oleh guru-guru SKPS serta peranan ambil berat oleh ibu bapa mereka menyebabkan mereka bersemangat untuk mengambil UPSR bagi matapelajaran bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.




SEKOLAH / PPD / JABATAN / BAHAGIAN
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA SETAR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN (KPM)
 
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
PROGRAM SENTUHAN KASIH DAN PROGRAM ISTIQAMAH
OBJEKTIF PROGRAM
PADA AKHIR SESI BIMBINGAN,MURID DAPAT:
 
1. MENINGKATKAN MOTIVASI DALAM DIRI SUPAYA MEREKA BOLEH MEMBUAT PERSIAPAN UPSR
2. MEMULIHKAN SEMANGAT MURID SUPAYA  MEREKA SEDAR TENTANG PENGULANGAN UPSR TERSEBUT
3. MEREHATKAN MINDA SUPAYA TIDAK TERTEKAN DENGAN MEMIKIRKAN TARIKH PEPERIKSAAN SEMULA.
 
TARIKH PROGRAM
22 DAN 25 SEPTEMBER 2014 (ISNIN DAN KHAMIS)
TEMPAT
DEWAN SKPS
 
PENCERAMAH
1.GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)
2. GURU BESAR (HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN)
3. PK PENTADBIRAN (HJH ROGAYAH BT ISMAIL)
4. PK HEM (PN ROS NANI BT ITENG)
5. GURU PENDIDIKAN ISLAM
(USTAZAH ROSHIZA BT HASHIM)
 
PENGELOLA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
BILANGAN MURID YANG TERLIBAT
90/96 ORANG
BILANGAN GURU YANG TERLIBAT
5 ORANG
PENGISIAN PROGRAM
CERAMAH TENTANG MOTIVASI DIRI
CERAMAH TENTANG KEROHANIAN DIRI
PESANAN DARI PIHAK PENTADBIR APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DIBERI PELUANG UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPSR SEMULA
RUMUSAN PROGRAM
PROGRAM BERJALAN LANCAR DENGAN KERJASAMA SEMUA PIHAK
 

 


 

SOAL SELIDIK PELAJAR UPSR (2014)

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

NAMA : _____________________________________________      JANTINA : ___________________

KELAS : _______________________TARIKH : _______________________

ARAHAN :

Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang sesuai sebagai penilaian kepada setiap item yang disediakan.

Bil
Item
Ya
Tidak
1.
Bagaimana perasaan anda ketika ini? Adakah anda berasa gembira, tenang dan bahagia?
 
 
2.
Penangguhan kertas peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, mendatangkan rasa kecewa kepada anda?
 
 
3.
Saya rasa cemas dan bimbang untuk menduduki peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
 
 
4.
Saya berasa seolah-olah tiada semangat untuk menduduki peperiksaan iaitu bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
 
 
5.
Adakah anda bersedia untuk hadir ke sekolah dan menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
 
 
6.
Ibu bapa memberi dorongan dan galakan kepada anda untuk menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
 
 
7.
Ibu bapa menaruh harapan tinggi kepada anda untuk menduduki peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
 
 
8.
Ibu bapa memberi kebebasan kepada anda untuk membuat keputesan sama ada mahu menduduki UPSR bagi matapelajaran Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik.
 
 
9.
Pihak sekolah terus membantu anda untuk membuat persiapan akhir menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
 
 
10.
Guru-guru sekolah sentiasa mendorong bagi memberi sokongan moral kepada anda menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
 
 

 

LAPORAN SOAL-SELIDIK AKTIVITI PEMBUNGARAN EMOSI MURID-MURID UPSR

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA (2014)

Bil
Item
Bil (Ya)
%
(Ya)
Bil (Tidak)
%
(Tidak)
1.
Bagaimana perasaan anda ketika ini? Adakah anda berasa gembira, tenang dan bahagia?
5
15.63%
27
84.37%
2.
Penangguhan kertas peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, mendatangkan rasa kecewa kepada anda?
22
68.75%
10
31.25%
3.
Saya rasa cemas dan bimbang untuk menduduki peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
18
56.25%
14
43.75%
4.
Saya berasa seolah-olah tiada semangat untuk menduduki peperiksaan iaitu bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
6
 
18.75%
26
81.25%
5.
Adakah anda bersedia untuk hadir ke sekolah dan menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
29
90.63%
3
9.33%
6.
Ibu bapa memberi dorongan dan galakan kepada anda untuk menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
32
100%
0
0%
7.
Ibu bapa menaruh harapan tinggi kepada anda untuk menduduki peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
29
90.63%
3
9.37%
8.
Ibu bapa memberi kebebasan kepada anda untuk membuat keputesan sama ada mahu menduduki UPSR bagi matapelajaran Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik.
7
21.88%
25
78.12%
9.
Pihak sekolah terus membantu anda untuk membuat persiapan akhir menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik?
32
100%
0
0%
10.
Guru-guru sekolah sentiasa mendorong bagi memberi sokongan moral kepada anda menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
32
100%
0
0%

 

 

 

 

LAPORAN SEBELUM DAN SELEPAS  PROGRAM  SENTUHAN KASIH DIJALANKAN.

Sebelum program berjalan, seramai 32 orang murid kelas 6 IK telah menjawab soal-selidik yang telah disediakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Daripada laporan soal-selidik  tersebut, menunjukkan bahawa perasaan murid tahun 6 pada ketika ini berasa tidak gembira, tidak tenang dan tidak bahagia. Selain itu, mereka juga kecewa dengan penangguhan kertas peperiksaan UPSR bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 

Oleh itu, selepas program motivasi yang telah dijalankan ini, menunjukkan bahawa murid-murid SKPS boleh menerima kenyataan bahawa mereka perlu mengambil UPSR semula pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 30 September dan 9 Oktober 2014. Dengan program ini juga murid-murid dapat meningkatkan motivasi diri supaya semangat mereka tidak luntur walau apa pun rintangan yang mereka hadapi.

 

DISEDIAKAN OLEH :

CIKGU ROSMAWATI BINTI ABDUL GHANI

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024