TEMPAT : KEM BATALION KE-6 RAMD, JITRA
TARIKH : 17 APRIL HINGGA 19 APRIL 2014
Kem Kepimpinan Waja Diri bertujuan memberikan input dan informasi tentang tugas dan peranan seorang pemimpin khasnya kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Di samping itu, kursus ini juga dapat membina sahsiah dan ketrampilan sebagai pemimpin di sekolah agar lebih berwibawa, cekal, berdaya maju dan berinovatif.
ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG BERADA DI KEM TERSEBUT
Objektif program :
1. melahirkan murid yang berkeyakinan tinggi dan berketrampilan menjadi seorang pemimpin.
2. Murid didedahkan dengan kemahiran asas seorang pemimpin.
3. Membentuk organisasi yang lebih berdaya maju dan dihormati.
4. Menjadi role model kepada pelajar-pelajar lain.
5. Memupuk sifat kepimpinan dalam diri peserta serta dapat menunjukkan akhlak dan keperibadian seorang pemimpin.
6. Murid dapat memahami bidang tugas masing-masing dan melaksanakan tugas dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment