MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID
TAJUK BIDANG : PEMBANGUNAN SAHSIAH
PENGENALAN :
Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid (PPSDM)
dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah
melakukan kesalahan disiplin seperti merokok, gangguan seksual, ponteng
dan sebagainya. Program ini juga member fokus perubahan sikap dan tingkahlaku bagi
membantu peserta membangunkan potensi
diri secara menyeluruh. Selain itu ia juga selari dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk mengatasi masalah-masalah ini yang telah dimaktub
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
KONSEP :
Secara umumnya, Pembangunan Sahsiah Diri Murid membawa maksud keyakinan membangunkan diri yang merangkumi kepercayaan
tentang nilai positif dan negatif diri, emosi dan maruah yang boleh dibentuk
sesuai dengan norma masyarakat. Justeru, program ini dirancang untuk membantu
murid-murid sasaran mengenali diri,
penghargaan diri dan membina matlamat diri. Ini kerana murid dilihat sebagai aset
penting masa depan negara yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya, disayangi setiap masa dan boleh dibangunkan
potensi mereka. Oleh yang demikian murid
perlu diberi bimbingan yang
berterusan untuk melakukan perubahan terhadap tingkahlaku ke arah yang
lebih positif. Oleh yang demikian satu modul telah di rangka untuk membantu
para pelajar ini dengan menggunakan Teori Pendekatan Fenomenologi .
PENDEKATAN
TEORI :
Aktiviti di dalam program ini direka
berdasarkan Teori Fenomenologi. Teori ini merupakan satu kajian yang digunakan
untuk memahami bagaimana seseorang itu melihat dirinya sendiri dari segi
keperluan, perasaan , penilaian , kepercayaan dan bagaimana persepsinya
terhadap pengaruh alam sekitar terhadap dirinya
RUMUSAN :
Secara konklusinya, sahsiah
merupakan satu paparan sebenar tentang corak peribadi atau personaliti
seseorang yang dapat dilihat dari semua aspek iaitu aspek
fizikal,kognitif,emosi,social dan rohani yang mana kesemua aspek ini dapat
mempengaruhi sikap atau perwatakan seseorang. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi serta
menyesuaikan diri dengan semua keadaan ia dapat membuktikan bahawa para pelajar tersebut
itu adalah seorang yang mempunyai
ciri-ciri sahsiah positif. Bagi membangunkan lagi sahsiah di kalangan para
pelajar ini, program ini di harap serba sedikit dapat membantu para pesertan untuk memahami
akan konsep sebenar pembangunan sahsiah berdasaskan huraian dan
teori-teori yang digunakan.Walaupun kita menyedari sahsiah seseorang
boleh berubah mengikut masa dan keadaan namun ia mempunyai satu
unsur yang stabil yang membolehkan kita membuat ramalan terhadap sikap atau
tingkahlaku pelajar-pelajar.
BIDANG : PEMBANGUNAN
SAHSIAH
TAJUK : SEGI 4 BER‘ V ’SI
MASA : 40 minit
ALATAN : kertas A4 untuk
setiap orang
OBJEKTIF :
1.
Memberi peluang kepada fasilitator
memikirkan cara untuk memenangi hati para peserta.
2. Menyedarkan peserta supaya perlu
mengenal diri masing-masing.
3. Memberi kesempatan kepada setiap ahli
kumpulan untuk mengenali antara satu sama lain.
LANGKAH :
1.
Setiap peserta dikehendaki
membahagikan kertas A4 yang diberi kepada empat bahagian.
2.
Nomborkan keempat-empat bahagian
kertas itu dengan no 1, 2, 3 dan 4.
3.
Di kotak bernombor 1, peserta
diminta melukis apa-apa saja yang menggambarkan keadaan dirinya sebelum ini.
4.
Di kotak bernombor 2, peserta
diminta melukis apa-apa saja yang menggambarkan keadaan dirinya pada masa
sekarang ini.
5.
Di kotak bernombor 3, peserta
diminta melukis apa-apa saja yang
menggambarkan keadaan dirinya
pada masa akan datang.
6. Di kotak bernombor 4, peserta diminta
melukis satu objek yang paling disayanginya.
7.
Fasilitator akan bertanyakan soalan
tentang lukisan-lukisan yang dilukis oleh para peserta.
FALSAFAH :
1.
Peserta akan dapat mengenali dirinya
sendiri dan berasa lebih yakin untuk menilai dirinya sendiri.
2.
Peserta akan mengenal peribadi ahli kumpulan
masing-masing.
3. Perlu muhasabah diri dalam mengingati
perkara yang lalu.
BIDANG : PEMBANGUNAN SAHSIAH
TAJUK : OH
IDOLAKU
MASA : 40
minit
ALATAN : Kertas
A4 untuk setiap orang
OBJEKTIF :
1.
Memberi peluang kepada fasilitator
bagaimana untuk mendekati
peserta dengan lebih dekat lagi.
2.
Mencari persamaan dan perbezaan
personaliti diantara peserta dengan idola mereka.
3. Peserta dapat mengenali diri mereka
sendiri dengan hanya melihat pada idola mereka.
LANGKAH :
1. Peserta akan diberikan sehelai kertas
seorang.
2. Setiap peserta dikehendaki membahagikan
kertas A4 kepada 3 bahagian.
3. Peserta akan diberi arahan supaya
melukis wajah idola mereka pada kertas yang diberikan.
4. Kemudian peserta akan mencari persamaan
dan perbezaan personaliti idola mereka dengan diri mereka sendiri.
5. Di dalam kumpulan masing-masing,
peserta akan menerangkan pada ahli kumpulan yang lain mengapa memilih
seseoarang itu sebagai idola mereka.
FALSAFAH :
1.
Dengan melihat pada idola
peserta,para fasilitator dapat mengetahui dengan lebih dekat mengenai peserta
dibawah jagaan mereka.
2.
Ahli kumpulan yang lain juga dapat
mengenali sahabat mereka melalui idola masing-masing.
3.
Menggalakkan para peserta mencontohi
idola mereka ( sekiranya idola itu sesuai dijadikan contoh).
BIDANG : PEMBANGUNAN
SAHSIAH
TAJUK : KERBAU KU SAYANG
MASA : 40
minit
ALATAN : Kertas A4
untuk setiap orang
OBJEKTIF :
1. Menyedarkan peserta tentang kepentingan
berfikiran terbuka.
2. Melatih peserta supaya bebas berfikir
mengikut kreativiti masing-
masing.
LANGKAH :
1.
Fasilitator akan menyuruh peserta
melukis kerbau pada kertas yang diberi.
2. Kebiasaannya, peserta akan melukis
kerbau sama ada pada satu pandangan saja.
3. Fasilitator akan menunjukkan pula
kerbau yang dilukis olehnya iaitu pada sudut pandangan yang berbeza.
4. Jika ada peserta yang melukis kerbau
bukan mengikut kebiasaannya, maka
peserta boleh dikatakan kreatif dan berfikiran terbuka.
5. Setelah peserta siap melukis kerbau,
fasilitator boleh menyuruh peserta untuk melukis katak, cawan atau sebagainya.
6. Peserta dikehendaki mempamerkan lukisan
masing-masing setelah siap melukis pula.
FALSAFAH :
1.
Konsep berfikiran terbuka adalah
penting supaya kita tidak terlalu terikat pada kebiasaannya.
2. Kreativiti akan menjadikan seseorang
itu lebih maju ke depan.
3.
Dalam belajar, kita tidak perlu
terikat pada satu-satu teknik belajar sahaja.
4. Terdapat pelbagai kaedah boleh
digunakan mengikut diri masing- masing.
BIDANG : PEMBANGUNAN
SAHSIAH
TAJUK :
LELAKI OH LELAKI
MASA : 60 MINIT
ALATAN : Kertas Mahjong, pen marker
OBJEKTIF :
1.
Peserta
dapat mengetahui ciri-ciri kecantikan lelaki.
2.
Membantu
peserta mengenal diri sendiri.
3.
Melahirkan
peserta yang beridentiti dan ideal.
LANGKAH :
1.
Peserta
dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5-8 orang ahli.
2.
Setiap kumpulan
dibekalkan dengan kertas mahjong dan pen marker.
3.
Peserta diminta
berbincang dan menyenaraikan 10 ciri-ciri kecantikan lelaki mengikut pemahaman
masing-masing.
4.
Pada akhir aktiviti,
setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk membentangkan hasil
perbincangan kumpulan masing-masing.
5.
Fasilitator membuat
rumusan aktiviti secara keseluruhan berdasarkan lampiran “Kecantikan Lelaki”
yang telah disediakan.
FALSAFAH :
1.
Individu
perlu mengenali dan menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.
2.
Muhasabah
diri sangat penting dalam membentuk identiti yang mantap.
3.
Lembut
tidak bererti lemah dan kuat tidak bererti gagah.
LAMPIRAN
A :
“ KECANTIKAN LELAKI”
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umii
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
BIDANG : PEMBANGUNAN
SAHSIAH
TAJUK : GADIS OH GADIS
MASA : 60 MINIT
ALATAN : Kertas Mahjong, pen marker
OBJEKTIF :
1.
Peserta
dapat mengetahui ciri-ciri kegagahan wanita.
2.
Membantu
peserta mengenal diri sendiri dan mencari kelebihan di sebalik kelemahan yang
ada.
3.
Melahirkan
peserta yang mempunyai identiti
LANGKAH :
1.
Peserta
dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5-8 orang ahli.
2.
Setiap kumpulan
dibekalkan dengan kertas mahjong dan pen marker.
3.
Peserta diminta
berbincang dan menyenaraikan 10 ciri-ciri kegagahan wanita mengikut pemahaman masing-masing.
4.
Pada akhir aktiviti,
setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk membentangkan hasil perbincangan
kumpulan masing-masing.
5.
Fasilitator membuat
rumusan aktiviti secara keseluruhan berdasarkan lampiran “Kegagahan Wanita”
yang telah disediakan.
FALSAFAH :
1.
Individu
perlu mengenali dan menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain.
2.
Muhasabah
diri sangat penting dalam membentuk identiti yang mantap
.
3.
Lembut
tidak bererti lemah dan kuat tidak bererti gagah.
LAMPIRAN B :
“ KEGAGAHAN WANITA ”
Kegagahan seorang wanita bukan terletak pada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan hati dan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang mampu menghadapi dugaan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Adalah perempuan yang mampu menjaga maruah dan kehormatan diri,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan... ...