MODUL ICE BREAKING
BIDANG: ICE-BREAKING – Pembinaan
Hubungan
TAJUK : Dunia Baru
MASA : 20 Minit
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1.
Membina
hubungan yang mesra sesama ahli.
2.
Mengurangkan
perasaan rendah diri dan sifat malu.
3.
Membina
keyakinan diri dalam pelbagai situasi.
LANGKAH :
1.
Peserta
berkumpul dalam bulatan yang besar.
2.
Peserta
mencari pasangan yang mempunyai ketinggian yang sama dan mendapatkan maklumat
tentang ( nama, tempat tinggal, tempat lahir, dan hobi )
3.
Peserta
diminta membentuk kumpulan baru yang terdiri dari 5 orang (yang sama tinggi )
dan mendapatkan maklumat tentang ( nama ibu dan bapa )
FALSAFAH :
1.
Berkumunikasi
dengan orang lain walaupun sekejap.
2.
Pengenalan
diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan orang yang belum dikenali.
BIDANG: ICE-BREAKING – Team Building /
Kepimpinan
TAJUK :
Itulah Aku
MASA : 20 Minit
ALATAN : Kertas A4, Pen
OBJEKTIF :
1.
Mewujudkan
semangat kekitaan dalam sesebuah organisasi.
2.
Peserta
dapat mengetahui tentang dirinya melalui kaca mata orang lain.
3.
Peserta
dapat mengenal diri mereka sendiri.
LANGKAH :
1.
Peserta
diedarkan dengan kertas A4 sehelai setiap seorang dan mencatatkan nama sendiri
di penjuru atas tengah.
2.
Peserta
diminta melukis gambaran wajahnya secara kasar dalam masa 2 minit.
3.
Seterusnya,
peserta hendaklah menukar gambaran wajah dengan peserta yang lain dan peserta
yang lain akan melengkapkan lakaran pemilik wajah.
4.
Proses
ini hendaklah diulangi sehingga peserta tersebut mendapat kertasnya sendiri.
5.
Setiap
peserta diminta memberikan komen ( dalam bentuk perasaan ) terhadap lakaran
wajah sendiri yang telah diterima.
FALSAFAH :
1.
Manusia
itu unik
2.
Perasaan
positif dan negatif sentiasa wujud dalam setiap perhubungan.
BIDANG: ICE-BREAKING
TAJUK : Tiru Macam Saya
MASA : 30 Minit
ALATAN : Lagu, CD/DVD, Laptop, Speaker
OBJEKTIF :
1.
Membina
kreativiti dan inovasi secara spontan.
2.
Mengurangkan
sifat introvert dalam kalangan peserta.
3.
Merapatkan
hubungan sesama peserta.
LANGKAH :
1.
Fasilitator
mengarahkan setiap kumpulan yang telah
diagihkan untuk mencipta satu pergerakan yang melambangkan kumpulan
masing-masing.
2.
Setiap
kumpulan akan mempersembahkan pergerakan yang menjadi lambang kumpulan
masing-masing.
3.
Seterusnya
fasilitator akan memberi arahan tentang persembahan tarian mengikut beberapa
tema lagu ( rancak, sentimental, irama melayu, bollywood , K-Pop, Kadazan,
Orang Asli )
4.
Setiap
pergerakan ini adalah secara individu dan peserta lain hendaklah meniru tarian
tersebut.
5.
Fasilitator
akan memberikan markah kepada setiap individu atas persembahan dan markah
tersebut akan dikumpulkan dalam kumpulan dan akan dinilai kumpulan yang
terbaik.
FALSAFAH :
1.
Bakat
akan terserlah jika digilap.
2.
Setiap
kumpulan mempunyai identiti masing-masing.
3.
Melatih
peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka sendiri.
BIDANG: ICE-BREAKING
TAJUK : Gado-Gado
MASA : 15 Minit
ALATAN : Kertas A4, Pen, Pita pelekat
OBJEKTIF :
1.
Memupuk
pendedahan kendiri agar peserta dapat mengenali dirinya dengan lebih mendalam.
2.
Menerima
pandangan rakan dengan hati yang terbuka.
3.
Merapatkan
jurang dalam kalangan peserta.
LANGKAH :
1.
Setiap
pesrta diberi kertas A4 dan diminta untuk menulis perkataan positif dan negatif
dipenjuru kertas A4.
2.
Kertas
tersebut akan dilekatkan dibelakang peserta.
3.
Fasilitator
mengarahkan semua peserta mendapatkan rakan-rakan untuk mengisi ruangan pada
kertas tersebut.
4.
Aktiviti
ini diulangi mengikut masa yang telah ditetapkan oleh fasilitator.
FALSAFAH :
1.
Membentuk
personaliti unggul.
2.
Mengekalkan
sifat positif, memperbaiki sifat negatif.
No comments:
Post a Comment