KERTAS KERJA PROGRAM LEPAS
UPSR 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK
SENA
PENDAHULUAN
Setiap
tahun Unit UPSR Sekolah Kebangsaan Pokok Sena akan merancang pelbagai aktiviti
untuk murid-murid selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun
adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang
dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang
sering kali dilaksanakan ialah aktiviti permainan dan pertandingan. Selain itu,
ada juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan
usia murid yang meningkat remaja.
RASIONAL
Melahirkan
insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya mencapai hasrat untuk
kesejahteraan apabila berada di alam sekolah menengah. Justeru itu,
keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-awalnya agar sikap
berketrampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif mengikut kehendak
pemimpin dan negara.
PROGRAM SELEPAS UPSR 2016
Diharap
dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum
melangkah ke sekolah menengah.
OBJEKTIF
1. Memastikan program yang
diamanahkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar akan tercapai dengan
jayanya.
2. Menyumbang kesedaran kepada
Ibu Bapa/Penjaga bahawa program yang dirangka oleh pihak sekolah perlu mendapat
sokongan dan kerjasama yang menyeluruh.
3. Keprihatinan Ibu Bapa/Penjaga sewaktu menjaga
dan mendidik anak-anak agar menjadi insan yang seimbang dan selari dengan
kehendak ajaran agama.
4. Ibu Bapa/Penjaga perlu
merancang corak kehidupan anak-anak demi masa hadapan mereka.
5. Daya pemikiran kreatif dan
kritis Ibu Bapa/Penjaga penting untuk anak-anak dan membuka minda
anak-anak daripada senantiasa dijajah oleh kemiskinan.
6. Mendapat maklumat terkini mengenai peranan
pihak kerajaan dalam menjanakan masyarakat Malaysia yang berilmu dan serba
boleh.
7. Menyedarkan bahawa
anak-anak adalah generasi akan datangdan mereka perlu disemai dan diacuankan
mengikut peredaran zamanserta tidak laridengan landas- landas agama Islam dan
kehendak pemerintah.
8. Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan
aktiviti-aktiviti yang menarik.
9. Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat
ingin belajar.
TEMPOH MASA
Sepanjang
bulan September, Oktober dan November.
SASARAN
i)
Murid-murid
Tahun 6 2016
ii)
Warga
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena
CARTA ORGANISASI PROGRAM
SELEPAS UPSR TAHUN
ENAM 2016
PENGERUSI
Hj Azis bin Hj Abd Rahman (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI 1
Pn Nor Shadidah Bt Saad ( PK
Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2
Pn Aniza Bt Al-Johari (PK HEM)
Pn Kharima Bt Zainal Abidin (PK
KOKO)
En Fazil Bin Halim (PK PPKI)
PENYELARAS PROGRAM
Pn Azian Bt Ismail
SETIAUSAHA
Pn Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
BENDAHARI
Nor Eni Bt Ahmad
AJK
Mahazir Bin
Md Jiwa
Mohd Paozi
Bin Che Nor
Wan Noor
Ashikin Bt Wan Othman
Erni Hafiza
Bt Abd Kadir
Rusni Bt
Said
Siti Salmah
Bt Mohamad
Mukti Bin
Hamid
Mohd Shukri
Bin Jayaha
Mohamad
Mahyudin Bin Mohd Ishak
Ku Nor Azman
Bin Ku Mohd Yusof
Zarita Bt
Shirun @ Harun
Eka
Rusmawaty Bt Sujak
Irwan
Suhardi Bin Hussain
Hamidah Bt
Hussain
Suriani Bt
Jamaluddin
ANGGARAN
PERBELANJAAN PROGRAM LEPAS UPSR 2016
Pertandingan
FUTSAL
Hadiah tempat pertama RM
25.00
Hadiah tempat Kedua RM
20.00
Hadiah tempat ketiga RM
15.00
Jumlah RM
60.00
Program
“persediaan Ke Sekolah Menengah”
Saguhati Penceramah RM 100.00
Pertandingan
memasak
Hadiah tempat pertama RM
25.00
Hadiah tempat Kedua RM
20.00
Hadiah tempat ketiga RM
15.00
Jumlah RM
60.00
Karnival
1Murid 1SUKAN
Hadiah tempat pertama RM
25.00
Hadiah tempat Kedua RM
20.00
Hadiah tempat ketiga RM
15.00
Jumlah RM
60.00
Jumlah
keseluruhan pertandingan RM 280.00
Bahan –
bahan lain
Kertas A4 3
rim X RM 10.00 RM 30.00
Salotape 5 X RM 3.00 RM 15.00
Marker pen 5
set X RM 5.00 RM 25.00
Bahan memasak RM
200.00
Makan penceramah RM
20.00
Jumlah RM
290.00
Jumlah
Keseluruhan RM
570.00
SUMBER
KEWANGAN
Unit Peningkatan UPSR 2016.
PENUTUP
Segala
perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap
aktiviti yang akan diadakan kelak. Kerjasama daripada semua pihak terutama
pihak pentadbir amatlah diharapkan agar perjalanan setiap aktiviti ini dapat
berjalan lancar dan tersusun.
Disediakan oleh,
__________________________________________
(ROSMAWATI BT
ABDUL GHANI)
Guru Bimbingan
dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena
No comments:
Post a Comment