MODUL KESEJAHTERAAN MENTAL
BIDANG
: PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
KEMAHIRAN : ASERTIF
TAJUK : EWAN TAK
KISAH
MASA : 60 MINIT
ALATAN : Gam, Gunting, Lampiran 1 dan Kad Manila (seperti
lampiran 2),
OBJEKTIF :
1.
Memahami
konsep perhubungan diri sendiri dengan orang lain
2.
Mengenalpasti
perbezaan sikap pasif, asertif, agresif dan manipulatif
3. Mempraktikkan kemahiran interpersonal melalui pernyataan
.
LANGKAH
:
1. Fasilitator mengarahkan peserta membentuk satu bulatan besar
2.
Fasilitator
mengedarkan balang yang berisi keratan kertas yang terdiri daripada tiga jenis
personaliti iaitu, pasif, arsetif dan agresif
3.
Setiap
peserta mengambil satu keratan kertas tersebut
4.
Peserta
membentuk kumpulan-kumpulan kecil mengikut personaliti yang telah mereka
perolehi.
5. Fasilitator mengedarkan manila kad yang tertulis tiga penyataan :
A.
IM
NOT OK, YOU ARE OK (PASIF)
B.
IM
OK, YOU ARE OK ( ASERTIF)
C.
IM
OK, YOU ARE NOT OK ( AGRESIF)
6.
Seterusnya
fasilitaor mengedarkan lampiran 1 untuk setiap kumpulan
7. Peserta diminta mengenalpasti ciri-ciri personaliti mengikut ciri
personaliti kumpulan yang diwakili
8. Peserta akan mengunting penyataan dalam lampiran 1 untuk ditampal di atas
kad manila (rujuk langkah 5)
9. Akhirnya peserta diminta membentangkan ciri-ciri personaliti yang mereka
wakili.
FALSAFAH
:
1.
Memupuk
sikap asertif dalam kehidupan seharian
2. Perlu menerima diri sendiri dan orang lain dengan seadanya
3. Membentuk insan yang bertimbang rasa, berkeyakinan dan bermotivasi.
Lampiran 1
MENGHORMATI
|
TIDAK BERMOTIVASI
|
MEMBULI
|
DIBULI
|
BANGGA DIRI
|
SIMPATI
|
DIPERGUNAKAN
|
MENJAGA HAK ORANG LAIN
|
TAKUT
|
PEMARAH
|
MALU
|
MENDESAK
|
BERHEMAH
|
RENDAH DIRI
|
MENJAGA HAK SENDIRI
|
TERSISIH
|
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
|
AMBIL KESEMPATAN
|
PANTANG DICABAR
|
MENGHARGAI
|
MENGASINGKAN DIRI
|
BERMOTIVASI TINGGI
|
BERKUASA
|
PENTING DIRI
|
MENYALAHKAN ORANG LAIN
|
BERDISIPLIN
|
KURANG YAKIN
|
BERSIKAP POSITIF
|
TIDAK AMBIL PEDULI
|
MEMIMPIN
|
Lampiran 2
** Edaran berikut menggunakan kad manila
|
|
|
Panduan
Guru
AGRESIF
|
PASIF
|
ASERTIF
|
|
|
|
KEMAHIRAN :
ASERTIF
TAJUK : AKU ADALAH AKU
MASA :
1 JAM 30 MINIT
ALATAN :
Balang dan Panduan Guru
OBJEKTIF :
1. Mengaplikasikan kemahiran asertif dalam kehidupan seharian
2.
Menghargai
nilai asertif
3.
Membezakan
tingkah laku asertif daripada tingkahlaku agresif dan pasif
LANGKAH :
1. Fasilitator
membahagikan peserta kepada 5 orang setiap kumpulan mengikut
kreativiti
fasilitator
2. Setiap
kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua, penolong, setiausaha dan
AJK
3. Ketua kumpulan diminta untuk membuat cabutan
personaliti yang terdapat di
dalam balang
4.
Setiap
kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk berbincang lakonan simulasi
berdasarkan
personaliti yang diperoleh sesama ahli dengan dibantu oleh fasilitator.
5.
Masa
selama 5 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk melakonkan situasi berkenaan.
6.
Setelah
selesai kesemua kumpulan melakonkan hasil perbincangan mereka, fasilitator meminta
wakil pelajar setiap personaliti untuk membuat sedikit ulasan berdasarkan hasil
aktiviti.
7.
Fasilitator
membuat rumusan secara keseluruhan mengenai aktiviti yang
Dilakukan.
FALSAFAH :
1. Membentuk insan
yang bertimbang rasa, berkeyakinan dan bermotivasi.
2. Dengan mengamalkan personaliti asertif, individu dapat menerima diri
sendiri dan
orang lain
Panduan Guru
Contoh Situasi
Simulasi
1. Menolak pelawaan rokok dari seorang kawan
2. Menolak
cinta rakan sekuliah
3. Seseorang
kawan mengajak anda ponteng selepas waktu rehat
4. Anda
dipengaruhi supaya meniru semasa peperiksaan
5. Anda
dijemput menghadiri parti yang mempunyai minuman keras
6. Anda
diajak menunggang motosikal untuk satu perlumbaan haram
7. Anda dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuri di kompleks
membeli belah
8. Anda diberi bacaan lucah oleh sahabat baik anda
9. Rakan baik anda mencadangkan supaya anda membohongi ibu
bapa anda supaya dapat bermalam dirumah rakan dan terlibat aktiviti yang tidak
bermoral.
KEMAHIRAN :
MENANGANI STRESS
TAJUK :
STRESS DAN AKU
MASA : 1 jam
ALATAN : Soal selidik (Lampiran 1)
OBJEKTIF :
- Mengenalpasti
situasi (tekanan) yang boleh menimbulkan stress (ketegangan).
- Memahami
tahap-tahap stress.
LANGKAH :
1. Fasilitator mengedarkan soal selidik
(lampiran 1).
2. Pelajar diminta membaca dengan teliti dan
menjawab soalan-soalan pada soal
selidik tersebut.
3. Fasilitator meminta beberapa orang peserta
memberi jawapan soal selidik.
4. Fasilitator menjelaskan bahawa setiap
manusia akan mengalami stress tetapi
yang membezakan mereka adalah tafap stress
iaitu tinggi, sederhana atau
rendah.
5. Fasilitator juga boleh menerangkan tanda-tanda
stress.
FALSAFAH :
1. Stress adalah
sesuatu yang normal dihadapi oleh setiap manusia.
2. Hidup perlu
diteruskan.
Lampiran 1
SOAL
SELIDIK
SITUASI
TEKANAN
Bagaimanakah
keadaan anda berdasarkan situasi berikut? Tandakan perasaan
anda pada situasi yang dinyatakan berdasarkan skala berikut:
A : Jika
ketegangan anda terlalu tinggi
B : Jika
ketegangan anda sederhana
C :
Jika ketegangan anda rendah
BIL.
|
SITUASI
|
PILIHAN
ANDA
|
1.
|
Memperkenalkan
diri kepada kawan-kawan baru dalam sesuatu majlis.
|
|
2.
|
Hari pertama di sekolah baru
|
|
3.
|
Berucap
di kahalayak ramai
|
|
4.
|
Meminta
duit belanja lebih daripada bapa / ibu / penjaga
|
|
5.
|
Menerima ajakan keluar bersama
seseorang buat kali pertama
|
|
6.
|
Menjelaskan tugasan yang belum
siap kepada guru
|
|
7.
|
Menaiki
bas terakhir seorang diri untuk pulang ke rumah pada waktu tengah malam
|
|
8.
|
Datang lewat ketika menduduki satu
kertas peperiksaan
|
|
9.
|
Pergi berjumpa doktor gigi untuk
mencabut gigi yang sering sakit
|
|
10.
|
Melibatkan
diri dalam suatu perbalahan.
|
|
Rumusan
:
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
KEMAHIRAN
: MENANGANI STRESS
TAJUK :
HIDUPKU SEJAHTERA
MASA :
1 jam 30 minit
ALATAN : Kertas mahjong, pen
marker, edaran (lampiran 1), panduan guru dan nota guru 1
OBJEKTIF :
- Membuat
keputusan dengan bijak
- Bertindak menangani
stress
LANGKAH :
1. Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil (5
orang setiap kumpulan)
3. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang
Ketua, Penolong, Setiausaha
dan dua orang AJK.
3. Ketua kumpulan diminta untuk mendapatkan bahan edaran (lampiran 1) dan
kertas mahjong.
4.
Setiap kumpulan
menyenaraikan 3 situasi yang boleh menimbulkan tekanan dan seterusnya
membincangkan cara mengatasinya berpandukan edaran yang telah diedarkan. (guru boleh merujuk
panduan guru 1).
5. Fasilitator juga boleh menerangkan tanda-tanda stress (rujuk nota guru 2)
FALSAFAH :
1. Stress adalah sesuatu yang normal dihadapi oleh setiap manusia.
2. Hidup perlu diteruskan.
LAMPIRAN 1
PERKEMBANGAN FAKTOR KETEGANGAN DAN
PROSES PENYELESAIAN
A.
Permintaan
(Matlamat)
I
II
III
B.
Tekanan
(Halangan)
I
II
III
C.
Sokongan
(Mengatasi)
I
II
III
Panduan Guru
PERKEMBANGAN FAKTOR KETEGANGAN DAN
PROSES PENYELESAIAN
Panduan
:
1. Fasilitator/
guru meminta peserta memberikan contoh-contoh tekanan
2. Fasilitator/guru berbincang bagaimana stress boleh
dikurangkan
A. Permintaan
(Matlamat)
I
Mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan
II
Mendapat A dalam subjek Matematik
B. Tekanan
(Halangan)
I
Banyak kerja rumah
II
Kurang faham apa yang dipelajari/diajar
C. Sokongan
(Mengatasi)
I
Ibu bapa membantu
II
Kelompok belajar / tuisyen/guru
Kesinambungan dan tindak balas antara ketegangan dan sokongan akan memberikan hasil penyelesaian.
Nota Guru 1
TANDA-TANDA STRES / KETEGANGAN
FIZIKAL
|
EMOSI
|
TINGKAH
LAKU
|
1. Pening
2. Sakit
kulit
3. Sakit
perut
4. Tekanan
darah tinggi
5. Rambut
gugur
6. Sakit
sendi
7. Bernafas
dengan cepat
8. Degupan
jantung cepat
9. Sukar
tidur
10. keletihan
|
1. Cepat
marah
2. Murung
/ terlalu sedih
3. Cemas
/ bimbang
4. Kritik
diri / menyalahkan diri
5. Rasa
tidak berguna
|
1. Terlalu
aktif
2. Tidak
dapat mengurus diri
3. Pelupa
|
KEMAHIRAN :
PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK : Mari Berbasikal
MASA :
1 jam
ALATAN : Poster basikal (edaran 1), kertas mahjong dan marker
pen
OBJEKTIF :
1. Menjalin persepakatan dalam menentukan pilihan/ tindakan
2. Berkongsi pandangan, cadangan dan perancangan dalam menangani sesuatu isu
3. Memikul tanggungjawab bersama dalam mempertahankan idea dan tindakan
LANGKAH :
1.
Fasilitator
membahagikan peserta kepada kumpulan kecil (5 orang setiap kumpulan).
2. Setiap kumpulan dikehendaki melantik ketua, penolong, setiausaha dan AJK.
3. Fasilitator mengedarkan poster sebuah basikal, kertas mahjong dan marker
pen kepada setiap kumpulan.
4. Fasilitator memastikan setiap kumpulan memilih satu bahagian yang paling
penting pada basikal tersebut (contoh : tayar, pedal , handle, brek, pelana,
loceng dan lain-lain)
5. Peserta diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan selama 15 minit dan
setiap diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dalam tempoh 5 minit.
6.
Fasilitator
membuat rumusan perbincangan secara umum.
Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh fasilitator
untuk menggerakkan LDK
Di antara soalan yang
boleh ditanyakan kepada peserta:
1.
Bahagian
basikal yang manakah yang anda pilih dan mengapa?
2.
Mengapakah
tidak memilih bahagian yang lain?
3.
Adakah
sukar untuk mendapat persetujuan ahli kumpulan dalam menentukan pilihan?
4.
Siapa
diantara ahli kumpulan yang lebih dominan dalam menentukan pilihan?
FALSAFAH :
1.
Setiap
individu mempunyai pandangan yang berbeza tetapi kita boleh menyatukannya
melalui perbincangan dan toleransi
2.
Ahli
kumpulan umpama sebuah basikal, rosak satu komponen akan menjejaskan fungsinya.
Edaran 1
![]() |
Terima kasih Cikgu Rosma, mohon izin untuk saya gunakan bahan-bahan cikgu ye.
ReplyDelete