Labels

HUBUNGI SAYA

AKTIVITI KELAS GANTI-MODUL PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

MODUL KESEJAHTERAAN MENTAL




BIDANG : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL        
KEMAHIRAN            : ASERTIF
TAJUK                       : EWAN TAK KISAH
MASA                         : 60 MINIT
ALATAN                    : Gam, Gunting, Lampiran 1 dan Kad Manila (seperti lampiran 2),
OBJEKTIF     :
1.    Memahami konsep perhubungan diri sendiri dengan orang lain
2.    Mengenalpasti perbezaan sikap pasif, asertif, agresif dan manipulatif
3.    Mempraktikkan kemahiran interpersonal melalui pernyataan .
LANGKAH     :
1.    Fasilitator mengarahkan peserta membentuk satu bulatan besar
2.    Fasilitator mengedarkan balang yang berisi keratan kertas yang terdiri daripada tiga jenis personaliti iaitu, pasif, arsetif dan agresif
3.    Setiap peserta mengambil satu keratan kertas tersebut
4.    Peserta membentuk kumpulan-kumpulan kecil mengikut personaliti yang telah mereka perolehi.
5.    Fasilitator mengedarkan manila kad yang tertulis tiga penyataan :
A.   IM NOT OK, YOU ARE OK (PASIF)
B.   IM OK, YOU ARE OK ( ASERTIF)
C.   IM OK, YOU ARE NOT OK ( AGRESIF)
6.    Seterusnya fasilitaor mengedarkan lampiran 1 untuk setiap kumpulan
7.    Peserta diminta mengenalpasti ciri-ciri personaliti mengikut ciri personaliti kumpulan yang diwakili
8.    Peserta akan mengunting penyataan dalam lampiran 1 untuk ditampal di atas kad manila (rujuk langkah 5)
9.    Akhirnya peserta diminta membentangkan ciri-ciri personaliti yang mereka wakili.

FALSAFAH   :
1.    Memupuk sikap asertif dalam kehidupan seharian
2.    Perlu menerima diri sendiri dan orang lain dengan seadanya
3.    Membentuk insan yang bertimbang rasa, berkeyakinan dan bermotivasi.


Lampiran 1

MENGHORMATI
TIDAK BERMOTIVASI
MEMBULI

DIBULI
BANGGA DIRI
SIMPATI
DIPERGUNAKAN

MENJAGA HAK ORANG LAIN
TAKUT

PEMARAH
MALU
MENDESAK

BERHEMAH
RENDAH DIRI
MENJAGA HAK SENDIRI

TERSISIH
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
AMBIL KESEMPATAN

PANTANG DICABAR
MENGHARGAI
MENGASINGKAN DIRI

BERMOTIVASI TINGGI
BERKUASA
PENTING DIRI

MENYALAHKAN ORANG LAIN
BERDISIPLIN
KURANG YAKIN

BERSIKAP POSITIF
TIDAK AMBIL PEDULI
MEMIMPIN






Lampiran 2
** Edaran berikut menggunakan kad manila
PASIF
             ( IM NOT OK, YOU ARE OK)
 
ASERTIF
              ( IM OK, YOU ARE OK )

 
 






                                                                                        




                          AGRESIF
( IM OK, YOU ARE NOT OK )

 
 












Panduan Guru

AGRESIF
PASIF
ASERTIF
  1. MEMBULI
  2. BANGGA DIRI
  3. PEMARAH
  4. MENDESAK
  5. TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
  6. AMBIL KESEMPATAN
  7. PANTANG DICABAR
  8. BERKUASA
  9. PENTING DIRI
  10. MENYALAHKAN ORANG LAIN
  1. DIBULI
  2. TIDAK BERMOTIVASI
  3. TAKUT
  4. RENDAH DIRI
  5. MENGASING DIRI
  6. TIDAK AMBIL PEDULI
  7. TERSISIH
  8. DIPERGUNAKAN
  9. MALU
  10. KURANG YAKIN
  1. MENGHORMATI
  2. MENJAGA HAK ORANG LAIN
  3. MENJAGA HAK SENDIRI
  4. MENGHARGAI
  5. BERMOTIVASI TINGGI
  6. BERDISIPLIN
  7. BERHEMAH
  8. SIMPATI
  9. MEMIMPIN
  10. RASIONAL/POSITIF










KEMAHIRAN            : ASERTIF
TAJUK                       : AKU ADALAH AKU
MASA                         : 1 JAM 30 MINIT
ALATAN                    : Balang dan Panduan Guru
OBJEKTIF     :
1.    Mengaplikasikan kemahiran asertif dalam kehidupan seharian
2.    Menghargai nilai asertif
3.    Membezakan tingkah laku asertif daripada tingkahlaku agresif dan pasif
LANGKAH     :
1.   Fasilitator membahagikan peserta kepada 5 orang setiap kumpulan mengikut
      kreativiti fasilitator
2.   Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua, penolong, setiausaha dan
      AJK
3.   Ketua kumpulan diminta untuk membuat cabutan personaliti yang terdapat di
      dalam balang
4.    Setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk berbincang lakonan simulasi
berdasarkan personaliti yang diperoleh sesama ahli dengan dibantu oleh fasilitator.
5.    Masa selama 5 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk melakonkan situasi berkenaan.
6.    Setelah selesai kesemua kumpulan melakonkan hasil perbincangan mereka, fasilitator meminta wakil pelajar setiap personaliti untuk membuat sedikit ulasan berdasarkan hasil aktiviti.
7.    Fasilitator membuat rumusan secara keseluruhan mengenai aktiviti yang     
Dilakukan.

FALSAFAH   :
1. Membentuk insan yang bertimbang rasa, berkeyakinan dan bermotivasi.
2. Dengan mengamalkan personaliti asertif, individu dapat menerima diri sendiri dan
    orang lain







Panduan Guru

Contoh Situasi Simulasi

1.    Menolak pelawaan rokok dari seorang kawan
2.    Menolak cinta rakan sekuliah
3.    Seseorang kawan mengajak anda ponteng selepas waktu rehat
4.    Anda dipengaruhi supaya meniru semasa peperiksaan
5.    Anda dijemput menghadiri parti yang mempunyai minuman keras
6.    Anda diajak menunggang motosikal untuk satu perlumbaan haram
7.    Anda dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuri di kompleks membeli belah
8.    Anda diberi bacaan lucah oleh sahabat baik anda
9.    Rakan baik anda mencadangkan supaya anda membohongi ibu bapa anda supaya dapat bermalam dirumah rakan dan terlibat aktiviti yang tidak bermoral.












KEMAHIRAN            : MENANGANI STRESS
TAJUK                       : STRESS DAN AKU
MASA                         : 1 jam
ALATAN                    : Soal selidik (Lampiran 1)
OBJEKTIF     :
  1. Mengenalpasti situasi (tekanan) yang boleh menimbulkan stress (ketegangan).
  2. Memahami tahap-tahap stress.
LANGKAH     :
1.   Fasilitator mengedarkan soal selidik (lampiran 1).
2.   Pelajar diminta membaca dengan teliti dan menjawab soalan-soalan pada soal
      selidik tersebut.
3.   Fasilitator meminta beberapa orang peserta memberi jawapan soal selidik.
4.   Fasilitator menjelaskan bahawa setiap manusia akan mengalami stress tetapi
      yang membezakan mereka adalah tafap stress iaitu tinggi, sederhana atau
      rendah.
5.   Fasilitator juga boleh menerangkan tanda-tanda stress.

FALSAFAH   :
1. Stress adalah sesuatu yang normal dihadapi oleh setiap manusia.
2. Hidup perlu diteruskan.











Lampiran 1
SOAL SELIDIK
SITUASI TEKANAN
Bagaimanakah keadaan anda berdasarkan situasi berikut? Tandakan perasaan anda pada situasi yang dinyatakan berdasarkan skala berikut:

            A          :           Jika ketegangan anda terlalu tinggi
            B          :           Jika ketegangan anda sederhana
            C         :           Jika ketegangan anda rendah

BIL.
SITUASI
PILIHAN ANDA
1.
Memperkenalkan diri kepada kawan-kawan baru dalam sesuatu majlis.

2.
Hari pertama di sekolah baru

3.
Berucap di kahalayak ramai

4.
Meminta duit belanja lebih daripada bapa / ibu / penjaga

5.
Menerima ajakan keluar bersama seseorang buat kali pertama

6.
Menjelaskan tugasan yang belum siap kepada guru

7.
Menaiki bas terakhir seorang diri untuk pulang ke rumah pada waktu tengah malam

8.
Datang lewat ketika menduduki satu kertas peperiksaan

9.
Pergi berjumpa doktor gigi untuk mencabut gigi yang sering sakit

10.
Melibatkan diri dalam suatu perbalahan.


Rumusan        :
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

KEMAHIRAN            : MENANGANI STRESS
TAJUK                       : HIDUPKU SEJAHTERA
MASA                         : 1 jam 30 minit
ALATAN                    : Kertas mahjong, pen marker, edaran (lampiran 1), panduan guru               dan nota guru 1
OBJEKTIF     :
  1. Membuat keputusan dengan bijak
  2. Bertindak menangani stress
LANGKAH     :
1.    Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 orang setiap kumpulan)
3.   Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang Ketua, Penolong, Setiausaha
      dan dua orang AJK.
3.    Ketua kumpulan diminta untuk mendapatkan bahan edaran (lampiran 1) dan kertas mahjong.
4.    Setiap kumpulan menyenaraikan 3 situasi yang boleh menimbulkan tekanan dan seterusnya membincangkan cara mengatasinya berpandukan edaran yang telah diedarkan. (guru boleh merujuk panduan guru 1).
5.    Fasilitator juga boleh menerangkan tanda-tanda stress (rujuk nota guru 2)

FALSAFAH   :
1. Stress adalah sesuatu yang normal dihadapi oleh setiap manusia.
2. Hidup perlu diteruskan.












LAMPIRAN 1

PERKEMBANGAN FAKTOR KETEGANGAN DAN PROSES PENYELESAIAN

A.   Permintaan (Matlamat)

I                                                                                                                                  
II                                                                                                                                 
III                                                                                                                                


B.   Tekanan (Halangan)

I                                                                                                                                  
II                                                                                                                                 
III                                                                                                                                


C.   Sokongan (Mengatasi)

I                                                                                                                                  
II                                                                                                                                 
III                                                                                                                                















Panduan Guru


PERKEMBANGAN FAKTOR KETEGANGAN DAN PROSES PENYELESAIAN

Panduan :
1.    Fasilitator/ guru meminta peserta memberikan contoh-contoh tekanan
2.    Fasilitator/guru berbincang bagaimana stress boleh dikurangkan

A.   Permintaan (Matlamat)

I      Mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan
II     Mendapat  A dalam subjek Matematik


B.   Tekanan (Halangan)

I      Banyak kerja rumah
II     Kurang faham apa yang dipelajari/diajar


C.   Sokongan (Mengatasi)

I      Ibu bapa membantu
II     Kelompok belajar / tuisyen/guru

Kesinambungan dan tindak balas antara ketegangan dan sokongan akan memberikan hasil penyelesaian.









Nota Guru 1


TANDA-TANDA STRES / KETEGANGAN


FIZIKAL
EMOSI
TINGKAH LAKU
1.    Pening
2.    Sakit kulit
3.    Sakit perut
4.    Tekanan darah tinggi
5.    Rambut gugur
6.    Sakit sendi
7.    Bernafas dengan cepat
8.    Degupan jantung cepat
9.    Sukar tidur
10. keletihan
1.    Cepat marah
2.    Murung / terlalu sedih
3.    Cemas / bimbang
4.    Kritik diri / menyalahkan diri
5.    Rasa tidak berguna
1.    Terlalu aktif
2.    Tidak dapat mengurus diri
3.    Pelupa









KEMAHIRAN            : PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK                       : Mari Berbasikal
MASA                         : 1 jam
ALATAN                    : Poster basikal (edaran 1), kertas mahjong dan marker pen
OBJEKTIF     :
1.    Menjalin persepakatan dalam menentukan pilihan/ tindakan
2.    Berkongsi pandangan, cadangan dan perancangan dalam menangani sesuatu isu
3.    Memikul tanggungjawab bersama dalam mempertahankan idea dan tindakan

LANGKAH     :
1.    Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan kecil (5 orang setiap kumpulan).
2.    Setiap kumpulan dikehendaki melantik ketua, penolong, setiausaha dan AJK.
3.    Fasilitator mengedarkan poster sebuah basikal, kertas mahjong dan marker pen kepada setiap kumpulan.
4.    Fasilitator memastikan setiap kumpulan memilih satu bahagian yang paling penting pada basikal tersebut (contoh : tayar, pedal , handle, brek, pelana, loceng dan lain-lain)
5.    Peserta diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan selama 15 minit dan setiap diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dalam tempoh 5 minit.
6.    Fasilitator membuat rumusan perbincangan secara umum.


Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh fasilitator untuk menggerakkan LDK
Di antara soalan yang boleh ditanyakan kepada peserta:
1.    Bahagian basikal yang manakah yang anda pilih dan mengapa?
2.    Mengapakah tidak memilih bahagian yang lain?
3.    Adakah sukar untuk mendapat persetujuan ahli kumpulan dalam menentukan pilihan?
4.    Siapa diantara ahli kumpulan yang lebih dominan dalam menentukan pilihan?

FALSAFAH   :
1.    Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza tetapi kita boleh menyatukannya melalui perbincangan dan toleransi
2.    Ahli kumpulan umpama sebuah basikal, rosak satu komponen akan menjejaskan fungsinya.


Edaran 1
 















1 comment:

  1. Terima kasih Cikgu Rosma, mohon izin untuk saya gunakan bahan-bahan cikgu ye.

    ReplyDelete

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024