Labels

HUBUNGI SAYA

KUIZ TENTANG KENALI JENIS-JENIS EMOSI

 https://wordwall.net/resource/61248277

APA ITU KEMURUNGAN?

 

Apa itu kemurungan?

Menurut sumber dari Dr. Sakinah Salleh (tahun 2020) Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih berpanjangan, keletihan, dan kehilangan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Keadaan ini boleh berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu ataupun mengambil masa sehingga berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun. Penyakit ini juga boleh didatangani oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur jantina ataupun bangsa. Penyakit kemurungan dikategorikan sebagai penyakit mental yang banyak berlaku kepada kita. Malangnya ramai yang tidak mengetahui implikasi penyakit ini akibat kurangnya pendedahan dan tidak dirawat dari awal. Akhirnya penyakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi.

Hampir semua pesakit ini mengalami gejala kemurungan dan rendah diri serta hilang minat terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum ini digemari oleh mereka.

Bagi pesakit yang mengalami kemurungan, meluahkan apa yang terbuku di hati mungkin jalan terbaik bagi melegakan perasaan ataupun emosi. Apa yang diperlukan bukan sahaja bertemu dengan doctor ataupun pakar berkenaan, tetapi pesakit juga perlu berkomunikasi atau menyampaikan perasaan mereka kepada orang yang tersayang. Komunikasi yang baik adalah terapi yang amat penting bagi membantu pesakit untuk pulih.

Sesetengah masyarakat berpendapat masalah kemurungan ini adalah penyakit yang berpunca daripada minda tetapi kemurungan juga disebabkan tekanan hidup yang bercampur daripada aspek emosi sehingga menghimpit kehidupan tanpa ada jalan penyelesaian. Pesakit yang mengalami masalah kemurungan sering kali mengalami perasaan sedih, rasa cemas, mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya dan gelisah. Mereka juga sukar menumpukan perhatian dan mengingati maklumat ataupun sukar membuat keputusan. Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga ataupun rakan. Ada kemungkinan juga wujud perasaan mahu ataupun cubaan membunuh diri.

 Penyakit kemurungan sudah menjadi istilah yang sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini. Namun, tiada siapa tahu kesengsaraan di sebalik penyakit ini jika tidak pernah mengalaminya. bahkan stigma atau tanggapan negatif masyarakat terhadap penyakit ini dilihat masih pada tahap yang sama. Walhal masalah kemurungan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status seseorang itu. Malah boleh berlaku kepada orang di sekeliling tanpa kita ketahui.

 

Beza kemurungan dan tekanan.

 Adakah kemurungan sama dengan tekanan? Ramai yang keliru dan menganggap kemurungan sama sahaja dengan stress. Ada segelintir individu sering mengaku beliau menghadapi kemurungan walaupun sebenarnya itu hanya stress.

 Perlu difahami bahawa kemurungan adalah penyakit mental yang melibatkan gangguan pada fungsi otak hingga menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang, seterusnya mengakibatkan gangguan bagi menjalani aktiviti seharian dengan baik. Individu yang mengalami masalah kemurungan dapat diperhatikan keadaan mereka yang sering bertindak secara tidak rasional, tidak mampu mengawal emosi, berasa diri dipinggirkan dan beranggapan individu sekeliling tidak memahami mereka.

Kemurungan cenderung membuatkan diri mudah berasa letih walaupun tidak bekerja berat serta sukar mendapatkan tidur yang lena. Kesannya membuatkan individu rasa tidak bertenaga. Simptom utama kemurungan adalah berfikiran negatif yang dapat merosakkan pemikiran jika tidak mendapat sokongan dan tidak dirawat lebih awal. Individu yang mengalami kemurungan juga, cenderung untuk membunuh diri.

 

Sebenarnya individu yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental jarang sekali mahu mengaku mereka sebenarnya berada dalam keadaan murung. Ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang melabel dengan gelaran yang tidak sesuai pada pesakit ini.

Tekanan atau stres adalah perasaan yang dialami oleh individu yang berada di bawah tekanan mental ataupun tekanan emosi yang terlalu berat. Biasanya tekanan ini dicetuskan oleh sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan yang dialami oleh individu berkenaan secara peribadi. Tekanan ini memberikan bebanan berat kepada individu hingga membawa kepada perasaan yang tidak dapat dibendung olehnya.

Contoh tekanan yang biasa dihadapi adalah belajar. Semua orang pasti ada pengalaman tersendiri apabila berdepan tekanan belajar terutamanya apabila bakal menghadapi peperiksaan. Perasaan berdebar, tidak dapat dielakkan. Sama juga apabila ada tugasan seperti pembentangan kajian. Pasti kita berasa gugup. Ketika itu tekanan kian memuncak namun apabila selesai tekanan akan hilang dengan sendiri.

 

Begitu juga dengan rutin pekerjaan seharian. Ada isu yang sangat mencengkam emosi. Namun apabila isu itu berjaya diharungi perasaan individu akan kembali tenang. Tekanan biasanya mudah diatasi dengan mendapatkan motivasi ataupun kata-kata semangat. Cara itu membantu individu menjadi lebih ceria dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.

 Secara fizikalnya apabila menghadapi tekanan, individu mungkin sukar mendapat tidur yang nyenyak, tidak berselera makan serta menghadapi ketegangan otot termasuk sakit kepala dan sakit perut. Tekanan atau stres yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan yang serius.

Individu yang mengalami kemurungan kebiasaannya memilih untuk berdiam diri dan memendam perasaan terlalu lama sehingga tidak mampu dibendung. Kemurungan ini sukar dirawat selagi individu berkenaan menafikan keadaan dirinya dan tidak bersedia untuk menghadapinya bagi memulihkan keadaan.

Oleh itu, kita perlulah disedarkan bahawa semua pihak perlu bertanggungjawab membantu individu yang berada dalam krisis gangguan mental. Mereka tidak boleh dibiarkan tetapi ahli keluarga ataupun rakan perlu membawa mereaka bertemu doktor atau pakar psikiatri secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

Kesan Penggunaan Gajet Ke atas kanak-kanak.







 

KERTAS KERJA PROGRAM MINDA SIHAT.

 Kertas kerja program minda sihat.


KERTAS KERJA

PROGRAM KEPIMPINAN DIRI

MINDA SIHAT – “EMOSI TERJAGA KEHIDUPAN SEJAHTERA”

PENGENALAN

Program Minda Sihat merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling. Bertemakan Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan menjaga kesihatan mental.

Unit Bimbingan dan Kaunseling juga bergabung dengan SUMUR bagi memantapkan lagi kesedaran dan keupayaan murid dalam menjaga mental, emosi, sahsiah dan membina sosial yang utuh dan padu.

Semoga aktiviti yang disusun dapat menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahtera minda dan emosi.

 

MATLAMAT

Warga sekolah dapat menjalankan saringan minda sihat dan dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental.

 

TARIKH / MASA / TEMPAT

26 SEPTEMBER 2023

SELASA

DEWAN AL KHAWARIZMI, SK POKOK SENA

 

SASARAN

Semua murid Tahap 4, 5 dan 6.

OBJEKTIF

1.      Murid dapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan atau krisis yang berlaku.

2.      Murid dapat mengetahui cara menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing.

3.      Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan masing-masing.

KPI

Gabung jalin untuk perpaduan antara kaum di sekolah.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

           

Pengerusi                                :           Muhamad Sofi Bin Hashim (Guru Besar)

Naib Pengerusi            1          :           Hafidzah Binti Dahalan ( PK Ko kurikulum)

Naib Pengerusi             2           :           Farhana Binti Hussin (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi             3           :            Anuar Bin Abdullah (PK Pentadbiran)

 

Setiausaha                               :             Rosmawati Binti Abdul Ghani

(Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya)

 

Pengerusi Majlis                        :          Jauharatuddini Binti Yaacob

 

Bacaan Doa                             :           Mohd Poazi Bin Che Nor

 

Jemputan Penceramah           :           Wan Noor Ashikin Binti Wan Othman

 

Makanan                                 :           Fatimah Binti Daharon

 

Siaraya                                    :           Mahazir Bin Mad Jiwa

                                                            Siti Salmah Binti Mohamad

 

Cenderahati                            :           Warda Hayati Binti Ghazali

 

Juru Gambar                           :           Siti Basrah Binti Omar

 

Dokumentasi Program           :           Rosmawati Binti Abdul Ghani

 

Disiplin dan Kawalan Murid    :           Rusni Binti Said

Arshadiah Binti Abu Bakar

                                                            Norma Binti Ishak

                                                            Zarita Binti Shirun @ Harun

                                                            Guru Mata pelajaran

 

Persiapan Tempat                   :           Mohd Shukri Bin Jahaya

                                                            Saipul Bin Mat Yasin

 

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

 

JUMLAH

1

cenderahati

 

RM 50.00

 

 

Jumlah

 

RM 50.00

 

 

TENTATIF

7: 45 pagi        Murid berkumpul di dewan.

                        (membawa peralatan buku nota dan alat tulis)

8: 00 pagi        Ketibaan jemputan

                        Pengawal Psikologi Kaunseling

                        Klinik Kesihatan Pokok Sena

8: 30 pagi         Ceramah Minda Sihat

10: 15 pagi      Bersurai (rehat 4,5 dan 6)

 

PENUTUP

Diharapkan agar program ini mencapai objektif dan dapat membantu murid membina kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.

 

Disediakan oleh,

 

Rosmawati bt Abdul Ghani

Setiausaha

Program Minda Sihat

 

 

Disemak oleh,

 

 

Hafidzah Binti Dahalan

PK Kokurikulum

SK Pokok Sena.

 

 

Disahkan oleh,

 

 

Muhamad Sofi B. Hashim

Guru Besar

SK Pokok Sena




KUIZ KERJAYA

 

KUIZ KERJAYA

https://quizizz.com/join/quiz/603cfe48d75e1c001d8986ca/start?studentShare=true

PROGRAM MINDA SIHAT

 Apa itu kemurungan? 








APA TERJADI LEPAS BUNUH DIRI?


BAGAIMANA CARA UNTUK ATASI STRES DALAM DIRI.

1.AKTIVITI X BREAK





AMALAN TERBAIK PROGRAM MEMPERKASA SKPS

 SAHSIAH KEUNGGULAN PRESTASI SEKOLAH. 

Program yang dijalankan di SK Pokok Sena sejak tahun 2021 hingga 2023.

Objektif program adalah untuk :

1.meningkatkan sahsiah diri murid,

2. mengurangkan salah laku murid

3. Penggunaan SSDM dalam kalangan guru.


ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

1. Pelancaran Program Memperkasa S.K.P.S

2. Anugerah Murid Hadir Awal ke Sekolah.

3. Anugerah Sahsiah Terpuji Murid

4. Anugerah Tokoh Guru dalam SSDM

5. Penyampaian piala pusingan Rumah Sukan

6. Program Sumur-Bersih itu Indah

7. Sesi kaunseling











KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU AWAL PERSEKOLAHAN 2023/2024

 

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU AWAL PERSEKOLAHAN

SESI 2023/2024

 

1.0         PENGENALAN

Melalui Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 (Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2023/2024), kelas akademik tidak lagi perlu dijalankan pada minggu pertama persekolahan.

 

Ramai yang teruja dengan inistiaf baharu ini kerana suasana sekolah pasti ceria dan hubungan warganya tambah akrab, anak-anak, para guru dan warga sekolah juga tentunya lebih bermotivasi nanti.  KPM juga ada menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak yang baik lagi cerdik), biar mereka baik dahulu baru cerdik.

 

2.0       OBJEKTIF

2.1     Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, sihat, kondusif dan selamat.

2.2     Murid belajar berinteraksi dan mengenal rakan-rakan baru.

2.3     Murid, guru dan ibu bapa dapat bekerjasama dan persefahaman yang erat.

 

3.0  KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

 

Output

Warga sekolah dapat mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem pembelajaran di dalam kelas.

Outcome

Membantu murid menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah.

Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh Guru Bimbingan dan kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi.

 

4.0 KUMPULAN SASARAN

 Semua Murid  SK Pokok Sena.

 

5.0       STRATEGI PELAKSANAAN

5.1       Menyediakan ahli jawatankuasa pelaksanaan program.

5.2       Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep objektif dan kepentingan  pelaksanaan kepada semua guru SK Pokok Sena.

 5.3      Hebahan kepada semua murid melalui group whatsaap kelas.

5.4       Tempat pelaksanaan program adalah di dewan, padang dan kelas masing-masing.

 

6.0       PELAKSANAAN PROGRAM

Program Minggu Pertama Persekolahan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

 

            6.1       Tarikh             :           19 Mac 2023 hingga 22 Mac 2023

            6.2       Masa              :           07.45 pagi hingga 12.45 tengah hari

            6.3       Tempat           :           SK Pokok Sena

7.2. KEKUATAN

7.2.1   Kerjasama dari pihak pentadbir dan guru untuk melaksanakan program tersebut.

 

8.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk di lampiran

 

 

 

 

 

 

 

9.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

           

Bil

Sumber Kewangan

Jumlah (RM)

1.

Sumber PCG Bimbingan dan Kaunseling

 

RM 0.00

 

Bil

Perbelanjaan

Jumlah (RM)

1.

Bahan untuk sukaneka

RM 00.00

2.

Photostat dan kertas warna

RM 0.00

 

JUMLAH BESAR

RM 0.00

 

10.0    JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi                             

Naib Pengerusi  1                :

Naib Pengerusi 2                

Naib Pengerusi 3                

Setiausaha                           

           

AJK SIARAYA


AJK PENGACARA MAJLIS


AJK BAHAN


AJK SENAM SIHAT DAN SUKANEKA


AJK PELANCARAN PROGRAM DAN PERHIMPUNAN PAGI


AJK PROGRAM GOTONG-ROYONG


 

                                   

12.0    PENUTUP

 

Secara keseluruhannya program yang dijalankan sebegini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental. Semoga program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

 

Disediakan oleh:                                                                 

 

( XXXXXXX)                         

Setiausaha                                                           

Program Minggu Awal Persekolahan

 

Disemak oleh:

 

(XXXXXXXXXXXX)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SK Pokok Sena

 

 

 

 

 

 

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Diluluskan oleh:

 

(XXXXXXXX)

Guru Besar

SK Pokok Sena

 

 


Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024