JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy &
Kokain)
3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI
1. Morfin
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”,
“Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah
sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia
selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau
morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk
atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau
menelan pil-pil morfin.
2. Ganja
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”,
“Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada
bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan
kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau
walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
3. Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain
jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia
di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan
di Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment