SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
06400, POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN
|
|
KERTAS KERJA
|
|
PROGRAM KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK!
2016
|
Pada
24 JULAI
HINGGA 27 JULAI 2016
Tempat
MAKMAL
KOMPUTER
SK POKOK SENA
Anjuran
UNIT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH
KEBANGSAAN POKOK SENA
06400 POKOK
SENA
KEDAH
DARULAMAN
|
NAMA PROGRAM
“KATAKAN TIDAK PADA
SENTUHAN TIDAK OK!”
PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah
merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan
seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan
seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam
kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan
nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau
keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan
tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku
secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah
seperti di bawah :
a)
Mengeluarkan
perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui
media cetak dan elektronik.
b)
Menghantar
‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c)
Mengintai
atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d)
Menggalak
atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e)
Mencium kanak-kanak dengan bernafsu.
f)
Bercerita
atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g)
Sentuhan
seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh)
terhadap kanak-kanak.
h)
Mengambil
gambar pornografi kanak-kanak.
i)
Persetubuhan
sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j)
Memasukkan
sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k)
Melakukan
onani terhadap kanak-kanak.
l)
Melacurkan
kanak-kanak.
Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan
serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil
tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab
menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.
RASIONAL
Program
ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan
seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:
(a) Meningkatkan
pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan
gangguan seksual.
(b) Menjadi
panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.
(c)
Memberi
panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid
yang mengalami gangguan seksual.
(d)
Memberi
panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.
(e)
Memberi
panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui
program pencegahan gangguan seksual.
OBJEKTIF
a) Menolak
unsur-unsur yang tidak bermoral.
b) Menjaga
nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.
c) Menghasilkan
penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.
d) Menimbulkan
kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya
tidak berulang lagi.
e) Menanam
nilai-nilai murni kepada warga sekolah.
f) Meningkatkan
rasa selamat dalam kalangan murid.
KUMPULAN
SASARAN
Semua murid tahun 4 dan 5
BUTIRAN
PROGRAM
Tarikh
|
:
|
24 Julai hingga 27 Julai 2016
|
Masa
|
:
|
Rujuk lampiran
|
Tempat
|
:
|
Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Pokok Sena
|
PENGISIAN
DAN KAEDAH PELAKSANAAN
Ceramah akan dikendalikan oleh guru bimbingan dan
kaunseling dengan menggunakan tayangan slide berkaitan program. Jadual
pergerakan kelas akan disediakan bagi melicinkan lagi perjalanan program.
TENTATIF
PROGRAM
Rujuk lampiran
ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Sumber
pendapatan : Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling
Diluluskan/tidak diluluskan
Disahkan oleh
......................................................
(HAJI
ZIS BIN ABD RAHMAN)
|
||||||||||||||||
PENUTUP
|
||||||||||||||||
Adalah diharapkan agar
program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat memberi impak
positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara berlaku. Selain itu,
diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang sepatutnya
dilakukan oleh mereka.
ULASAN
PENGERUSI
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Disahkan oleh
(HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN)
Guru
Besar
SK Pokok Sena
|
||||||||||||||||
Tarikh: 24 Julai hingga 27 Julai 2016
Tempat: Makmal Komputer, SK Pokok Sena
Personalia : Rosmawati Bt Abdul Ghani
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
SENARAI JAWATANKUASA
Pengerusi
TUAN HJ AZIS BIN ABD RAHMAN
(Guru
Besar SK Pokok Sena)
Naib
Pengerusi
PUAN ANIZA BT AL-JOHARI
(Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
PUAN SHADIDAH BT SAAD
(Guru
Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI
|
|
Setiausaha
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI
JK
Fotografi
PUAN WAN NOOR ASYIKIN BT WAN OTHMAN
|
JK
Persediaan Tempat
CIK NOR HAYATI BT ABIDIN
JK
Disiplin
PUAN NORHAIYATI BT MOHAMAD
|
Hallo...can i get the full PDF file for this programme.. nak jadikan contoh presentation lusa.
ReplyDeleteif ada..emailkan kepada saya.
donovondandreey92@gmail.com
Terima kasih...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ingin bertanya boleh saya dapat full pdf program ini untuk menjadi rujukan kerja kursus saya ?
ReplyDeleteKalau permintaan dipersetujui.. boleh emailkan kepada saya.
jiayee020704@gmail.com
Terima kasih.