Labels

HUBUNGI SAYA

MENGAPAKAH KITA GAGAL???

MENGAPAKAH KITA GAGAL?
 
Saya gagal dalam hidup saya kerana sikap saya sendiri, bukan salah sesiapa? Antara sebab kita gagal ialah :
 
1. Kita Berhenti Mencuba
 
         Apabila kita mencuba sesuatu dan kita gagal, kita akan patah semangat dan berputus asa. Perasaan negatif mula menghantui diri kita. Kita mula merasa bosan, malas dan tidak mampu melakukan perkara tersebut. Kita berasa takut untuk mencuba lagi kerana takut gagal dan kecewa lagi. Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk tidak mengambil risiko untuk gagal lagi. Contohnya kita telah gagal gagal dalam satu uji kaji di makmal Sains. Semua bahan yang kita gunakan meletup dan pecah. Kita merasa amat takut dan mengambil keputusan untuk berhenti mencuba.
 
2. Kita Berhenti Berjuang
 
         Sewaktu kita ingin memulakan sesuatu perkara, semangat kita berkobar-kobar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Kita menanam keazaman untuk mencapai perkara yang dicitakan. Namun apabila kita menghadapi masalah kita mula berasa bosan, malas dan tidak bersemangat. Semangat dan keazaman serta matlamat yang ingin dicapai menjadi pudar. Hal ini diakibatkan oleh kita tidak mempunyai kekuatan diri untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Halangan kecil telah menyebabkan kita patah semangat dan menarik diri.
 
3. Kita Berhenti Berfikir
 
       Kita seorang individu yang rajin. Kita berfikir bagaimana cara untuk meningkatkan kualiti tugasan dengan memikirkan pelbagai strategi yang berkualiti. Namun sampai pada satu ketika seorang sahabat kita telah mengajak kita bercuti di kampungnya selama sebulan. Pada waktu itu, pemikiran kita tidak lagi tertumpu kepada strategi yang dirancang, tetapi telah kita pusatkan kepada percutian yang indah. Mungkin lama-kelamaan kita akan mengabaikan perkara pertama yang ingin kita lakukan. 
 
 
 


 


No comments:

Post a Comment

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024