Labels

HUBUNGI SAYA

TANGANI STRESS....JOM AMALKAN 10 B!

     
         Stres adalah keadaaan resah, cemas dan tegang akibat tekanan fizikal atau mental. Ia adalah respon fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Stres ini jika tidak dikawal atau ditangani akan mendatangkan akibat yang buruk bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling.

Cara untuk menangani stres ialah :
1. BERTENANG
Boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

2. BERNAFAS SECARA DALAM
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik. Kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

3.BERKATA" RELAKSLAH"....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat menbantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

4. BERIBADAT
Banyakkan solat sunat, berzikir dan berdoa. Ia adalah terapi yang baik untuk menenangkan emosi dan melegakan perasaan.

5. BERKONGSI PERASAAN ATAU MASALAH DENGAN SESEORANG
Perasaan atau masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yan dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan-kawan. Apabila berkongsi perasaan atau masalah, ia dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan seterusnya mengurangkan stres dalam diri.

6. BERURUT
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala dan kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.


7. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK
 Berehat sambil mendegar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

8. BERIADAH
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit atau gunung, boleh menenangkan fikiran. Malah ia menyihatkan badan dan seterusnya mengurangkan stres.

9. BERSENAM
Dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

10.BERFIKIRAN POSITIF
Ia bermaksud melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.


         

No comments:

Post a Comment

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024