Labels

HUBUNGI SAYA

AKTIVITI KELAS GANTI- MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH

MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID



TAJUK BIDANG :  PEMBANGUNAN SAHSIAH

PENGENALAN :

Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid (PPSDM) dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin seperti merokok, gangguan seksual, ponteng dan sebagainya. Program ini juga member fokus perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membantu peserta  membangunkan potensi diri secara menyeluruh. Selain itu ia juga selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk mengatasi masalah-masalah ini yang telah dimaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

KONSEP :

Secara umumnya, Pembangunan Sahsiah Diri Murid membawa maksud keyakinan membangunkan diri yang merangkumi kepercayaan tentang nilai positif dan negatif diri, emosi dan maruah yang boleh dibentuk sesuai dengan norma masyarakat. Justeru, program ini dirancang untuk membantu murid-murid sasaran mengenali diri, penghargaan diri dan membina matlamat diri.  Ini kerana murid dilihat sebagai  aset penting masa depan negara yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya, disayangi setiap masa dan boleh dibangunkan potensi mereka. Oleh yang demikian murid  perlu diberi bimbingan yang berterusan untuk melakukan perubahan terhadap tingkahlaku ke arah yang lebih positif. Oleh yang demikian satu modul telah di rangka untuk membantu para pelajar ini dengan menggunakan Teori Pendekatan Fenomenologi .

PENDEKATAN TEORI :

Aktiviti di dalam program ini direka berdasarkan Teori Fenomenologi. Teori ini merupakan satu kajian yang digunakan untuk memahami bagaimana seseorang itu melihat dirinya sendiri dari segi keperluan, perasaan , penilaian , kepercayaan dan bagaimana persepsinya terhadap pengaruh alam sekitar terhadap dirinya

RUMUSAN :

Secara konklusinya,  sahsiah  merupakan satu paparan sebenar tentang corak peribadi atau personaliti seseorang yang dapat dilihat dari semua aspek iaitu aspek fizikal,kognitif,emosi,social dan rohani yang mana kesemua aspek ini dapat mempengaruhi sikap atau perwatakan seseorang.  Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi serta menyesuaikan diri dengan semua keadaan ia  dapat membuktikan bahawa para pelajar tersebut itu adalah seorang yang  mempunyai ciri-ciri sahsiah positif. Bagi membangunkan lagi sahsiah di kalangan para pelajar ini, program ini di harap serba sedikit  dapat membantu para pesertan untuk memahami akan konsep sebenar pembangunan sahsiah berdasaskan huraian dan teori-teori  yang digunakan.Walaupun kita menyedari sahsiah seseorang boleh berubah mengikut  masa dan keadaan namun ia mempunyai  satu unsur yang stabil yang membolehkan kita membuat ramalan terhadap sikap atau tingkahlaku  pelajar-pelajar.




BIDANG :  PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK :         SEGI 4 BER‘ V ’SI

MASA :           40 minit

ALATAN :      kertas A4 untuk setiap orang


OBJEKTIF :
1.    Memberi peluang kepada fasilitator memikirkan cara untuk memenangi hati para peserta.
2.    Menyedarkan peserta supaya perlu mengenal diri masing-masing.
3.    Memberi kesempatan kepada setiap ahli kumpulan untuk mengenali antara satu sama lain.

LANGKAH :

1.    Setiap peserta dikehendaki membahagikan kertas A4 yang diberi kepada empat bahagian.
2.    Nomborkan keempat-empat bahagian kertas itu dengan no 1, 2, 3 dan 4.
3.    Di kotak bernombor 1, peserta diminta melukis apa-apa saja yang menggambarkan keadaan dirinya sebelum ini.
4.    Di kotak bernombor 2, peserta diminta melukis apa-apa saja yang menggambarkan keadaan dirinya pada masa sekarang ini.
5.    Di kotak bernombor 3, peserta diminta melukis apa-apa saja yang
                 menggambarkan keadaan dirinya pada masa akan datang.
6.    Di kotak bernombor 4, peserta diminta melukis satu objek yang paling disayanginya.
7.    Fasilitator akan bertanyakan soalan tentang lukisan-lukisan yang dilukis oleh para peserta.

FALSAFAH :

1.    Peserta akan dapat mengenali dirinya sendiri dan berasa lebih yakin untuk menilai dirinya sendiri.
2.    Peserta akan mengenal peribadi ahli kumpulan masing-masing.
3.    Perlu muhasabah diri dalam mengingati perkara yang lalu.






BIDANG :  PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK :         OH IDOLAKU

MASA :           40 minit

ALATAN :      Kertas A4 untuk setiap orang

OBJEKTIF :

1.    Memberi peluang kepada fasilitator bagaimana untuk mendekati
     peserta dengan lebih dekat lagi.
2.    Mencari persamaan dan perbezaan personaliti diantara peserta dengan idola mereka.
3.    Peserta dapat mengenali diri mereka sendiri dengan hanya melihat pada idola mereka.

LANGKAH :

1.    Peserta akan diberikan sehelai kertas seorang.
2.    Setiap peserta dikehendaki membahagikan kertas A4 kepada 3 bahagian.
3.    Peserta akan diberi arahan supaya melukis wajah idola mereka pada kertas yang diberikan.
4.    Kemudian peserta akan mencari persamaan dan perbezaan personaliti idola mereka dengan diri mereka sendiri.
5.    Di dalam kumpulan masing-masing, peserta akan menerangkan pada ahli kumpulan yang lain mengapa memilih seseoarang itu sebagai idola mereka.


FALSAFAH :

1.    Dengan melihat pada idola peserta,para fasilitator dapat mengetahui dengan lebih dekat mengenai peserta dibawah jagaan mereka.
2.    Ahli kumpulan yang lain juga dapat mengenali sahabat mereka melalui idola masing-masing.
3.    Menggalakkan para peserta mencontohi idola mereka ( sekiranya idola itu sesuai dijadikan contoh).







BIDANG :  PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK :          KERBAU KU SAYANG

MASA :           40 minit

ALATAN :      Kertas A4 untuk setiap orang


OBJEKTIF :

1.    Menyedarkan peserta tentang kepentingan berfikiran terbuka.
2.    Melatih peserta supaya bebas berfikir mengikut kreativiti masing-
     masing.


LANGKAH :

1.    Fasilitator akan menyuruh peserta melukis kerbau pada kertas yang diberi.
2.    Kebiasaannya, peserta akan melukis kerbau sama ada pada satu pandangan saja.
3.    Fasilitator akan menunjukkan pula kerbau yang dilukis olehnya iaitu pada sudut pandangan yang berbeza.
4.    Jika ada peserta yang melukis kerbau bukan mengikut kebiasaannya,  maka peserta boleh dikatakan kreatif dan berfikiran terbuka.
5.    Setelah peserta siap melukis kerbau, fasilitator boleh menyuruh peserta untuk melukis katak, cawan atau sebagainya.
6.    Peserta dikehendaki mempamerkan lukisan masing-masing setelah siap melukis pula.

FALSAFAH :
1.    Konsep berfikiran terbuka adalah penting supaya kita tidak terlalu terikat pada   kebiasaannya.
2.    Kreativiti akan menjadikan seseorang itu lebih maju ke depan.
3.    Dalam belajar, kita tidak perlu terikat pada satu-satu teknik belajar sahaja.
4.    Terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan mengikut diri masing- masing.




BIDANG : PEMBANGUNAN SAHSIAH

TAJUK           : LELAKI OH LELAKI
MASA              : 60 MINIT
ALATAN        : Kertas Mahjong, pen marker

OBJEKTIF    :
1.            Peserta dapat mengetahui ciri-ciri kecantikan lelaki.
2.            Membantu peserta mengenal diri sendiri.
3.            Melahirkan peserta yang beridentiti dan ideal.

LANGKAH :
1.            Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5-8 orang ahli.
2.            Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjong dan pen marker.
3.            Peserta diminta berbincang dan menyenaraikan 10 ciri-ciri kecantikan lelaki mengikut pemahaman masing-masing.
4.            Pada akhir aktiviti, setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
5.            Fasilitator membuat rumusan aktiviti secara keseluruhan berdasarkan lampiran “Kecantikan Lelaki” yang telah disediakan.

FALSAFAH :
1.            Individu perlu mengenali dan menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.
2.            Muhasabah diri sangat penting dalam membentuk identiti yang mantap.
3.            Lembut tidak bererti lemah dan kuat tidak bererti gagah.




LAMPIRAN A            :

                                  “ KECANTIKAN LELAKI”
 
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
 
Lelaki yang cantik.....................
 
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
 
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
 
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
 
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
 
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
 
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
 
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
 
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umii
 
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.









BIDANG : PEMBANGUNAN SAHSIAH

TAJUK           : GADIS OH GADIS  
MASA              : 60 MINIT
ALATAN        : Kertas Mahjong, pen marker
OBJEKTIF    :
1.            Peserta dapat mengetahui ciri-ciri kegagahan wanita.
2.            Membantu peserta mengenal diri sendiri dan mencari kelebihan di sebalik kelemahan yang ada.
3.            Melahirkan peserta yang mempunyai identiti

LANGKAH :
1.            Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5-8 orang ahli.
2.            Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjong dan pen marker.
3.            Peserta diminta berbincang dan menyenaraikan 10 ciri-ciri kegagahan  wanita mengikut pemahaman masing-masing.
4.            Pada akhir aktiviti, setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
5.            Fasilitator membuat rumusan aktiviti secara keseluruhan berdasarkan lampiran “Kegagahan Wanita” yang telah disediakan.

FALSAFAH :
1.    Individu perlu mengenali dan menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain.

2.    Muhasabah diri sangat penting dalam membentuk identiti yang mantap

.
3.    Lembut tidak bererti lemah dan kuat tidak bererti gagah.


           
LAMPIRAN B :
 
 
                                  “ KEGAGAHAN WANITA ”
                        
Kegagahan seorang wanita bukan terletak pada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan hati dan perasaan,
 
Perempuan yang gagah.................
 
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
 
Adalah perempuan yang mampu menghadapi dugaan, 
 
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
 
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
 
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,     
 
Adalah perempuan yang mampu menjaga maruah dan kehormatan diri,               
 
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
 
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...


                                   





6 comments:

  1. terima kasih cg rosma atas perkongsian..saya mohon guna ye ilmu yg dikongsi ni

    ReplyDelete
  2. mohon kebenaran untuk menggunakan bahan yang cg kongsikan ya. tq

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini..saya mohon guna ilmu yg dikongsi ini.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian. saya mohon kebenaran untuk menggunakan bahan cikgu ya..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Cikgu Rosma, sy mohon kebenaran menggunakan bahan cikgu ye..

    ReplyDelete

Featured post

TAKWIM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SESI 2023/2024